Thursday, September 5, 2013

Tempah tanaman herba keperluan dapur

Memasak merupakan rutin kita setiap hari. Namun adakalanya menimbulkan stres apabila ramuan asas tiada stok. Ramuan yang biasa kita gunakan dalam menyediakan menu masakan, tiada dalam peti ais. Tentu rasa hampa.

Sebenarnya untuk beberapa ramuan masakan boleh kita tanam sendiri walaupun mendiami di kawasan bandar. Tak semestinya memiliki sebidang tanah baru boleh bercucuk tanam. Waima menetap di flat sekalipun, kita boleh menanam beberapa tanaman yang senang tumbuh dan senang dijaga. 

Tanaman ini boleh ditanam di dalam pasu sama seperti kita menanam pokok bunga. Menanam pokok di dalam pasu memerlukan siraman air dan baja yang berkala.

Kadang-kadang ramuan masakan kehabisan. Contohnya cili, serai, daun kari, daun pandan dan sebagainya. Untuk menapak ke kedai tidak berbaloi, apatah lagi kita cuma memerlukan sedikit saja ramuan tersebut. Makin ralat jika kedai tidak menjual ramuan tersebut dalam kuantiti kecil. Biasanya dalam pek pada harga RM1.

Maka jangan berlengah. Mulakan segera untuk menanam sendiri tanaman yang menjadi ramuan dalam masakan kita. hari ini sangat mudah untuk mendapatkan  cara menanam dan menjaga tanaman di internet. Taip kata kunci maklumat yang diperlukan di enjin carian, maka berderet maklumat yang berkaitan akan muncul.

Apakah tanaman yang boleh kita tanam untuk kegunaan di dapur?
Anda boleh order...





0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...