Sunday, July 11, 2010

Kemuncak world cup 2010 Spain vs Oranje


Malam ini jam 2:30 pagi (waktu Malaysia) adalah kemuncak penantian 4 tahun bagi peminat bola sepak seluruh dunia. Ketika ini cuma 90 minit untuk sampai ke detik tersebut. Walaupun pasukan Malaysia tidak berada dalam kumpulan 32 pasukan yang bertanding di Johannesburg South Africa, itu semua tak menjejaskan kemeriahan kempen Piala Dunia di Malaysia. Rata-rata peminat bola sepak di Malaysia memberikan sokongan terhadap salah satu atau mungkin lebih terhadap pasukan yang bertanding di Piala Dunia kali ini.

Begitu juga aku, ketika ini berdebar-debar menantikan perlawanan akhir Piala Dunia yang menemukan pasukan Belanda menentang Sepanyol. Ya, ini kerana pasukan yang aku sokong sebelum bermulanya kempen Piala Dunia kali ini akan membuat perhitungan terakhir sama ada dinobatkan selaku juara buat kali pertama atau kecundang kepada skuad oranje. Seperti yang kita tahu, pasukan Sepanyol merupakan pengalaman pertama bermain di pentas akhir manakala pasukan oranje ini merupakan pengalaman kali ke-3 di pentas akhir termasuk kempen Piala Dunia kali ini. 2 kali bertanding di pentas akhir, pasukan Belanda ketika era 70an telah gagal dalam misi mereka menggenggam Piala Dunia.

Sejak awal kempen Piala Dunia iaitu bermula 11 Jun 2010, aku tidak ketinggalan menyaksikan hampir separuh daripada keseluruhan perlawanan-perlawanan tersebut secara langsung manakala bakinya melalui siaran tertunda atau menyaksikan detik jaringan gol. Aku bukan peminat fanatik bola sepak untuk menyaksikan semua perlawanan. Biasanya aku akan dapatkan info profil pasukan, kehadiran bintang bola sepak dan sejarah perlawanan peringkat kelayakan terlebih dahulu. Paling penting adalah masa yang terluang, kalau sibuk dengan tuntutan kerja, maka terlepaslah peluang menonton secara langsung.

Berbekal set tv klasik, kebiasaanya aku menyaksikan perlawanan bola sepak Piala Dunia sorang-sorang. Cuma jika cuti hujung minggu, wife akan turut serta menonton. Ketika orang lain berkejar-kejar mendapatkan tv lcd atau plasma, set tv klasik aku tetap menjadi pilihan. Maklumlah ini saja yang ada, banyak jasa dan tak pernah buat perangai. Bukan tak teringin tv generasi HD baru, tapi belum benar-benar terdesak untuk berbuat demikian. Tengok set teater juga besar gedabak menunjukkan cukup lama aku menyimpannya. Apapun ianya masih berfungsi dengan baik.

Paling best melayan perlawanan bola sepak adalah bertemankan makanan ringan, hilang rasa mengantuk jika dapat mengunyah sesuatu. Apatah lagi tekak dibasahkan dengan minuman penguat tenaga, maka mata yang kuyu akan kembali segar untuk terus fokus mengejar bola di kaca tv. Sekejap tadi aku selesai menyaksikan 6 keping dvd movie yang aku tonton secara ansur-ansur sejak minggu lepas. Sekadar santai-santai untuk berselang seli dengan perlawanan bola sepak. Daripada filem-filem tersebut, ada yang menarik kategori 5 bintang dan ada juga yang hampeh. Boleh dikatakan menarik adalah Prince Of Persia, Robin Hood dan The Karate Kid.

Nampaknya kurang dari 5 untuk sampai detik 2:00 pagi. Jom bersiap sedia ke Soccer City Stadium, Johannesburg. Walaupun tidak memiliki tiket ke stadium, namun tv buruk tidak penah gagal menyajikan siaran perlawanan bola sepak disokong dengan perkhidmatan Astro. Layan kejap pengulas perlawanan dan preview final Piala Dunia.

Malam ini antara pemain tumpuan aku adalah David Villa, Charles Puyol, Gerard Pique, Andres Iniesta, Xavi, Xabi Alonso, Sergio Ramos, Iker Casillas dan Cesc Fabregas andai diturunkan. Teringin nak tengok Alonso membuat voli cantik dari jauh menerjah jaring lawan.

Manakala dalam team lawan (Holland), pemain tumpuan aku adalah Wesley Sneijder, Arjen Robben, Robin van Persie, Mark van Bommel dan Nigel de Jong.

Ayuh Spain buktikan anda yang paling baik diantara yang terbaik. Hati-hati dengan players Oranje yang gemar menjatuhkan diri dan berlakon di dalam padang. Layan…

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...