Friday, February 26, 2010

Kongsi habuan dengan google, thanks


Salam
Sebenarnya takda sangat entri menarik akhir-akhir ini. Mood mengarang dah malap. Mungkin badan letih dengan aktiviti lain. Banyak aktiviti outdoor yang aku join. Semuanya atas niat ingin keluarkan peluh dan menjaga kesihatan. Nak buat camno, kadar metabolisme dah menurun.
Aku blogging sekadar suka-suka. Ingin belajar dan manfaat sesuatu. Juga layan hobi ketika lapang. Memang blog ni tak serupa blog orang lain, simple dan aku sendiri ingin kelainan. Blog ni jugak bukan bertujuan menjana wang sebenarnya.
Suatu ketika terdetik dlm diriku untuk pasangkan iklan google adsense. Ye la, bila melawat blog sifu-sifu seperti Rohaizad, Raja Kamil dan rakan-rakan mereka, aku terpanggil mencuba sekadar suka-suka. Sebenarnya banyak lagi blog MMO (make money online) yang aku lawati, maaflah tak dapat den nyatakan satu persatu. Tapi jgn bimbang kalu masuk blog saudara 2 orang tu pasti ada link dengan rakan-rakan yang lain.
Balik semula niat td, akhirnya aku pun setup la google adsense dengan mengizinkan iklan muncul di blog ni. Memang aku jarang buka blog ni, selalunya blog ni aku jadikan alternatif memudahkan capaian pintas ke web yang selalu aku kunjungi sebab aku memang malas nak taip kat web address.
Selepas lebih setahun setup google adsense, tup-tup muncul satu surat berupa notis minta aku claim bayaran wang google adsense. Teruja la sebab first time dapat surat dari US tu. Taklah banyak bayaran tu sebab bukan motifku berblogging untuk menjana wang. Tujuan asal melayan hobi ketika lapang saja.
Mungkin ada kawan-kawan yang berminat menceburi blogging untuk menjana wang. So rajin-rajin la mendekati blog sifu-sifu yang dah berjaya demi dapatkan tips-tips berkenaan. Memang kejayaan tak datang dengan mudah. Luangkan masa untuk pelajari sesuatu, bermotivasi dan berani gagal.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...