Tuesday, January 10, 2012

Casting haruan tapi keli menyambar

Kali ni aku pergi memancing kat alur berhampiran Taman Ilmu, Nibong Tebal SPS. Port memancing ni aku dapat setelah kerap berulang-alik sekitar Taman Ilmu untuk melihat rumah yang aku beli dulu. Punya la ramai kaki pancing dok memancing kat situ. Cukup meriah macam pesta menaikkan ikan dari air ja gayanya. Yang tak tahan tu kaki jala pun join sekali. Terdetik gak betapa nyilu perasaan kaki pancing jika berkongsi tempat yang sama dengan kaki jala.

Habis lintang pukang si ikan bersembunyi setiap kali jala ditebarkan. Tapi tu rezeki masing-masing. Cuma kaki jala tu agak-agak la kedudukan yang sesuai ngan pemancing. Biasanya kaki pancing tak akan menghampiri kaki jala sebab dah tahu akan kurang punya hasil pancing kat situ. Cuma kaki jala ni ja yang kurang kesedaran dok nak himpit jugak kaki pancing.

Aku ni selalu jugak memancing kat sini. Berumpankan cengkerik dan joran puyu, hampir 10 petang jugak sepanjang Disember 2011 aku datang lepak kat depan MRSM Transkerian ni untuk memancing. Hasil pancing seperti biasalah, ikan puyu. Kadang-kadang dapat banyak, kekadang tu ciput je rezekinya.

Dalam beberapa hari tu asyik dapat ikan haruan dan keli saja. Wargh, best tu time haruan dan keli tarik tali pancing. Melentur batang joran nak tumpaskan haruan dan keli walaupun saiz kurang 1kg. Kuat tenaga 2 jenis ikan ni. Nasib tak baik putus tali pancing takpun mata kail terliut (capang). Kebanyakan ikan-ikan ni memasuki alur tersebut ketika air Sungai Kerian pasang.

Bila joran kerap disentap haruan dan keli dengan peratusan kejayaan sekitar 50% saja, otak mula pikir esok petang mesti mau naik jugak mana-mana haruan dan keli yang terlepas tadi. Aku dah set nak try teknik casting kat situ. Mana tau kot-kot haruan king size yang tumpas nanti. Akhirnya seperti diramalkan, tumpas jugak si haruan walaupun tiada king size. syoknya ketika umpan tiruan disambar haruan.

Apa yang menariknya yang jarang-jarang berlaku ialah ikan keli juga menyambar umpan yang dilarikan di atas permukaan air. Biasanya ikan keli makan umpan cacing atau cengkerik kat dasar sungai atau alur. Ni kira dah bagus, mungkin disebabkan saiznya yang besar maka keli tadi bersedia menyambar makanan yang lebih besar dan berani berebut dengan haruan yang turut mendiami kawasan yang sama.
Memang menarik bila sampai ke rumah dan disapa oleh ahli keluarga, "banyak dapat hari ni?". Time tu mesti senyum sampai ke pipi sambil bercerita kronologi pancing hari tu :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...