Sunday, July 27, 2008

Ibu dolfin bersiul untuk kenal anak



SETIAP anak dolfin berupaya mengenali bunyi siulan ibu mereka sejak dilahirkan.

DALLAS, Texas - Sejenis lumba-lumba betina daripada spesies muncung hidung botol didapati bersiul 10 kali lebih kerap daripada biasa bagi mendidik yang anak baru dilahir mengenali ibu kandung sebenarnya.

Penemuan oleh sepasukan saintis Amerika Syarikat itu dilaporkan dalam jurnal Marine Mammal Science yang menyifatkan siulan tersebut sebagai satu bentuk tanda tangan unik dolfin bagi mengenali identiti masing-masing.

Spesies lumba-lumba berkenaan dianggap sebagai paling sosial dalam pergaulan mamalia itu dan minggu pertama kelahiran sering menimbulkan kekeliruan di kalangan dolfin betina dewasa tersilap anaknya sendiri.

"Penghasilan siulan ketara itu memberi penjelasan kaedah komunikasi antara si ibu dan anaknya kerana bunyian tersebut adalah berbeza," kata pakar zoologi di Zoo Dallas, Dr. Deborah Fripp.
Ihsan - Agensi, Kosmo Online

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...