Puas aku merayau mencari ayam hutan original untuk tatapan kawan-kawan yang selalu bertanya. Nak rakam sendiri kat hutan susah beb.. aku sendiri jarang ke hutan sebab kekangan masa dan loni aku menetap jauh dari kampung halaman.. dah 10 tahun merantau mencari rezeki di tempat orang.
Koleksi ini bukan dari rakaman aku tapi dari seorang peminat ayam hutan dari Thailand . Fuih… sangat-sangat cantik ayam hutan ini “Red junglefowl” dengan bentuk dan warna yang menawan. Paling best adalah bahagian ekor. Ayam hutan jantan ini hanya dihiasi bulu ekor yang boleh dibilang. Begitu juga yang ayam hutan betina yang mempunyai ekor nipis tetapi panjang. Sekali pandang persis burung dan memangpun ayam dari keluarga burung.
Biasanya peminat membela ayam hutan yang sudah dikacukkan dengan ayam kampung, ayam katik atau ayam tempatan yang lain. Bagi yang lama mengenali ayam hutan tentu boleh membezakan ayam hutan tulen atau sebaliknya. Perbezaan antara ayam hutan yang dibela dengan hidup liar di hutan juga boleh dibezakan dari bulunya. Ayam hutan liar memiliki bulu yang lebih cantik dan nampak urat berkilat setiap bulunya disebabkan faktor pemakanannya dan kemahiran penjagaan bulu semulajadi.
Bentuk badan ayam hutan liar juga lebih menarik kerana diet pemakanan yang seimbang dan mengikut keperluan. Bandingkan ayam hutan yang kita bela lebih kepada obesiti sebab sepanjang masa mengunyah makanan yang terhidang. Dah tu… asyik patuk dedak, jagung atau gandum saja.. mana tak buntal.
Apapun, ayam hutan seperti video di atas sangat menarik. Alangkah baik jika setiap kali membuka tingkap rumah awal pagi, kita dapat melihat ayam-ayam ini berkejaran mencari makanan di suatu sudut halaman rumah kita. Fuih, syoknya.
Lagi cerita red junglefowl, ayam hutan.
1 comments:
kat umah ak ada byk ayam hutan, serupa ja mcm dl m video tu. tp tak leh pi dekat, semua cabut.
Post a Comment