Saturday, November 7, 2009

Lembu besar boleh takutkan singa


Teruja aku menatap berita tentang seekor lembu jantan yang beratnya lebih 1,587 kilogram (kg) yang berusia 8 tahun yang setakat ini dipercayai paling berat di Britain.
Berat yang tertera itu bukanlah timbangan terbaru tetapi adalah berat lembu tersebut yang ditimbang pada tahun lepas. Setakat ini belum diketahui berat sebenar haiwan tersebut kerana belum ditimbang.
Haiwan tersebut akan ditimbang setelah selesai pertandingan amal di North Petherton, Somerset pada 7 Disember ini. Pemilik lembu tersebut, Arthur Duckett, 79, memaklumkan lembu tersebut masih membesar. Apa yang menariknya, haiwan tersebut dikatakan baik walaupun mukanya nampak bengis.
Berat lembu ini jika dibandingkan dengan haiwan darat paling berat iaitu gajah jantan Afrika yang purata beratnya 5,455 kg dan boleh mecapai berat sehingga 6,800 kg adalah pada nisbah antara 1:3 hingga 1:4. Masih jauh untuk menyaingi berat haiwan darat paling berat dan besar ini. Untuk pengetahuan semua, gajah jantan Afrika memiliki purata ketinggian 12 kaki manakala lembu tersebut dianggarkan lingkungan 7 kaki tinggi.
Kita jangkakan kudrat atau kekuatan lembu ini juga adalah lebih berbanding lembu-lembu lain termasuklah di Malaysia. Sukar dan seakan mustahil andai seekor singa jantan Afrika yang berat puratanya 250 kg untuk menumbang dan melahapkan daging lembu ini kecuali serangan berkumpulan singa-singa ini.
Menarik jika baka lembu ini dapat dibiakkan di Malaysia. Antara bahagian menarik tentulah bentuk dan saiz tanduknya. Aku sendiri teruja nak beli dan ternak lembu saiz ini. Kalau dibuat aqiqah atau qurban tentu dapat menjemput 1 qariah masjid di kampung halamanku.

2 comments:

FdausAmad said...

Salam,

Gua nak ajak lu dtg lepak blog gua. Rilek rilek.

selambe.

Noor Hissham Zakaria said...

Salam,
aku dah smpi blog lu dan akan smpi lg. pertembungan kita dari kelainan olahan cerita dan idea Insyaallah membawa manfaaat. tq atas jemputan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...