Sunday, January 9, 2011

Golok perak koleksi simpanan




Teruja aku bila 'langkah kanan' ketika melihat koleksi seorang pengumpul senjata tradisional melayu. Tup-tup sebelum pulang, sebilah golok dihulurkan kepada aku sebagai cenderamata. Mulanya aku menolak dengan baik namun beliau bersungguh-sungguh menghadiahkan aku sebilah golok perak lengkap bersarung.

Insyaallah berguna nanti mungkin untuk kegunaan sembelihan ayam dan kambing, mungkin juga untuk kerja melapah kulit dan memotong daging lembu. Selepas ini, jika ada gotong-royong majlis kenduri atau majlis Qurban, dapatlah dimanfaatkan kegunaan golok ini.

Sebenarnya golok sinonim bagi kehidupan orang Melayu. Golok dikategorikan separa senjata. Selain kegunaan harian seperti yang disebutkan tadi, golok juga boleh digunakan sebagai senjata mempertahankan diri. Maka tidak hairanlah golok disimpan disetiap rumah.

Aku yakin golok yang aku simpan ini dikenali golok perak berdasarkan bentuknya. Untuk makluman, golok kedah juga popular dan digunakan ramai orang selain golok perak.

Bagi mereka yang pakar dalam bidang senjata tradisional orang Melayu, tentu mudah menentukan sama ada golok perak tersebut adalah golok jantan atau golok betina. Ia dapat ditentukan dengan dengan meneliti bahagian rupa bentuk mata golok dan ukiran pada pangkal mata jika ada.

Terselit disarung melengkapkan keunikan dan ciri klasik sebilah golok. Sarung dan hulu golok biasanya dibuat dari beberapa jenis kayu keras yang tahan lasak dan tahan jangka hayat. Sebenarnya terdapat pelbagai ukiran dan nama khusus bagi hulu golok. Bagi bilah mata, dimaklumkan pemilik asalnya dari besi beliung. Aku sendiri tak terbayang rupa besi beliung tersebut.

Sangat terbatas pengetahuan aku tentang golok ini. Apapun bagi yang berminat memiliki golok dan parang yang pelbagai rupa, bolehlah berhubung dengan pengumpulnya iaitu Mat Saleh (hp 0139031099- Jertih,Trg).

2 comments:

zmah said...

Hati-hati tajam terluka susah nak baik.

Noor Hissham Zakaria said...

tq atas pesanan...
tu la dok tsimpan ja.
mcm kera dpt munge... :)
tak tau bila tguna. stkt ni jd koleksi sj

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...