Saturday, August 23, 2008

Anak paus terpaksa dibunuh




(Anak ikan paus dinamakan Colin diheret ke bawah
khemah sebelum dibunuh di Sydney, semalam)

SYDNEY: Seekor anak ikan paus yang cedera dan tertekan selepas kehilangan ibunya sehingga menjadikan beberapa bot dan kapal layar sebagai ibu di perairan di utara Sydney sejak seminggu lalu, akhirnya terpaksa dibunuh semalam kerana terlalu lemah untuk hidup.

Nasib malang anak ikan yang digelar 'Colin' menjadi paparan utama media Australia dan antarabangsa sejak Ahad lalu selepas ia mula dikesan cuba mendapat susu daripada bot yang disangka ibunya.
Jurucakap Taman Negara dan Perhilitan Australia Roger Bell, berkata pegawainya terpaksa memberi bius kepada anak paus berusia satu atau dua bulan itu sebelum dibawa ke pantai.

Ia kemudian diberikan suntikan maut pada awal pagi semalam dan bangkainya diperiksa di Zoo Taronga, di sini.
Anak mamalia sepanjang 4.5 meter dilihat membenamkan dirinya di dalam air ketika pegawai veterinar cuba memberinya bius untuk dibawa ke pantai berhampiran.
Tindakan yang turut disaksikan wakil media, disambut kecaman pencinta haiwan dan sukarelawan yang mengharapkan supaya tindakan membunuh haiwan itu pilihan akhir, sebaliknya bertumpu kepada usaha memberi susu menerusi tiub khas.
Ihsan : AP, B.Harian

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...