Saturday, November 10, 2007

Penguin Malaysia


Ihsan : Hamzah Osman


Spesies burung yang sebelum ini menghuni benua Antartika berjaya ditetaskan secara semula jadi selepas pengeraman 35 hari di Langkawi.PENGUIN kini boleh menetas di Malaysia. Usaha membiakkan hidupan marin antartika itu menjadi kenyataan menjelang jam 10 pagi pada 9 September lalu di Underwater World Langkawi (UWL) di Pantai Chenang, Langkawi.


Kejayaan itu berkat kesabaran 90 kakitangan pusat pelancongan termasyhur itu selama empat tahun untuk membiakkan spesies burung tidak boleh terbang yang sebelum ini cuma menjadi penghuni tetap di Antartika.


Lebih mengagumkan anak penguin dari spesies `Rockhopper' berjaya ditetaskan dalam sarang terbuka selepas melalui proses pengeraman selama 35 hari oleh induknya. Benua Antartika adalah tempat paling sejuk di muka bumi dengan suhu mencapai -85 hingga -90 darjah Celsius pada musim sejuk dan pada musim panas pula mencatat 30 darjah Celsius, yang mana jauh berbeza dengan suhu di negara ini.


Kejayaan itu dipercayai yang pertama di negara ini, walaupun tahun lalu UWL pernah mencipta kejutan membiakkan 11 penguin daripada spesies `Black-Footed' berasal dari Afrika Selatan menerusi pengeraman inkubator.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...