Friday, December 2, 2011

Pokok buluh boleh pupus


Cuti sekolah kali ini, aku meneruskan kelaziman iaitu balik kampung. Dalam kotak fikiranku ingin melepaskan rindu memancing dan menikmati ikan segar seperti haruan, puyu, keli dan sepat.

Ikan-ikan yang aku sebutkan tu bukan boleh kutip tepi sawah atau parit macam tu je. Mesti ada caranya untuk menumpaskan ikan-ikan ini sebelum masuk ke dalam kuali. Seperti biasa aku plan nak tahan taut (tajur) dan memancing untuk menumpaskan ikan haruan, keli dan puyu.

Ya mesti ada batang taut dan joran untuk tumpaskan ikan-ikan tersebut. Aku tak kisah sangat nak sediakan batang joran sebabnya boleh beli kat kedai pancing je. Siap boleh pilih berapa meter panjang joran yang dikehendaki. Selalunya pemancing ikan beli batang joran puyu 3m-5m panjang.

Lain pulak halnya untuk menyediakan batang taut (tajur). Mesti cari batang buluh yang sesuai untuk siapkan taut. Inilah isu sebenarnya yang nak disampaikan.

Pokok buluh dimusnahkan
Pokok buluh pupus
Mungkin tempat korang masalah ini belum berlaku. Tapi orang kampong aku tidak lagi menyimpan rumpun buluh berhampiran kediaman mereka. Sebabnya mungkin tak suka miang buluh bila anak cucu mereka sentuh pokok tu. Mungkin juga buluh tak menawan seperti pokok hiasan yang berbunga cantik. Dan fakta yang tak boleh diketepikan, buluh tidak lagi digunakan dalam kehidupan mereka di kampong.

25 tahun dan sebelumnya pokok buluh sangat penting dalam kehidupan masyarakat kampung. Macam-macam kegunaan dan manfaat dari kehadiran pokok buluh. Orang-orang dulu menggunakan buluh untuk
Mendapatkan rebung buluh untuk menu masakan
Membuat bakul anyaman
Membuat batang lemang untuk musim perayaan
Membuat dinding rumah dan bilik
Membuat balai dan khemah untuk majlis kenduri
Membuat peralatan dapur contohnya sudip nasi
Membuat palong air
Membuat sepila dan bubu untuk menangkap ikan.
Membuat batang joran dan taut (tajur)
Membuat tabung dan barang hiasan antik lain
… last sekali buat meriam buluh di musim perayaan… hehe

Balik bercuti kali ini aku ambil masa 3 hari nak cari rumpun buluh. Itupun terpaksa tanyakan orang kampong. Dan rumpun buluh tersebut memang tinggal nyawa-nyawa ikan. Sebabnya buluh-buluh yang cukup matang dah disambar orang lain. Sampai kat rumpun buluh tu, aku Cuma melihat buluh-buluh muda yang belum matang kurang dari 30 batang kesemuanya. Nak tak nak, aku pilih dan tebang juga buluh-buluh tu dalam 10 batang untuk lepaskan hajatku membuat batang taut. Cukup la tu. Risikonya buluh-buluh tu cepat rosak dan mungkin juga kecut disebabkan tak cukup matang.

Apa yang bermain di fikiranku kini…
Adakah pokok buluh akan terus ditanam atau akan hilang ditelan zaman?
Apakah batang buluh akan menerima nasib yang sama seperti pokok kelapa, sebiji kelapa muda antara RM2.50-RM4.00?
Bolehkah kemahiran orang-orang dulu dalam seni anyaman bakul, tikar, dinding, sepila dan bubu dikekalkan andai penggunaan buluh lenyap?
Mana aku nak cari batang buluh untuk musim pancing seterusnya… hehe?

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...