Friday, August 29, 2008

Iklan: Beli ikan baung Sungai Kerian




(Klik gambar untuk besarkan imej)

Siapa yang pernah merasa masakan ikan baung (nama saintifik-Mystus spp) tentu pandai menilai kezalatan ikan ini. Ikan baung biarpun berjanggut namun tidak sama dengan ikan keli, ikan temekong, ikan kenyeng, ikan semilang, ikan duri atau ikan pedukang. Sifat fizikal ini jika diteliti pasti ada perbezaan diantara ikan baung dan ikan bermisai yang lain. Ikan baung juga dibahagikan kepada beberapa jenis. Antaranya Baung Gantang, Baung Lawi dan Baung Kuning. Namun antara ikan baung yang mendapat sambutan laris adalah Baung Kuning.

Apatah lagi jika dimasak pasti kita akan sedar dan menghargai betapa ikan baung ini mempunyai isi yang enah. Sebut saja masak lemak cili padi, masak lemak tempoyak, masak gulai (kari bersama ubi), bakar (salai bersama adunan rempah) dan kukus, pasti mereka yang pernah meneroka kelazatan ikan ini akan menelan air liur. Sedap, gua cakap lu. Mesti cuba baru tau!

Tapi apakah semua ikan baung yang liar di habitat sungai dan yang diternak di kolam adalah sama kelazatan isinya? Penggemar pasti mengatakan tidak sama sekali. Pemakanan dan habitat memainkan peranan menentukan isi ikan. Malah, jika diberi contoh, ikan baung sungai A tidak akan sama kelazatan isinya dengan ikan baung sungai B. Begitulah yang berlaku pada kelazatan ikan patin di Sungai Pahang dan udang galah Sungai Kerian yang tersohor.

Biasanya ikan baung dipancing nelayan, namun sekarang sukar mendapatkannya kerana habitat diganggu selain pemburuan yang berleluasa. Umpan yang digunakan adalah anak ikan, perut ayam dan cacing. Ikan ini adalah ikan pemangsa dan cara makan adalah menyambar. Selain itu, cara menangkap ikan baung ini adalah rawai, menajur (taut), memukat dan bubu.

Hari ini jika nelayan gagal membawa pulang tangkapan ikan baung akibat gangguan habitat dan pemburuan berleluasa, ada pihak mengambil inisiatif membela ikan ini secara kolam dan sangkar. Kerajaan memberi galakan, bantuan dan nasihat bagi memenuhi permintaan penggemar ikan ini.

Setelah menjalani kursus dan tunjuk ajar, kami memberanikan diri menternak ikan ini secara ternakan dalam sangkar. Disebabkan kelazatan ikan baung ini dipengaruhi habitat asal-sungai dan pemakanan, kami membina sangkar ikan baung di dalam Sungai Kerian agar isinya sama dengan ikan baung yang hidup liar.

Sejak memulakan penternakan ikan ini 2 tahun yang lalu, permintaan terhadap ikan baung adalah tinggi. Pemborong biasanya menempah awal dan berkuantiti besar. ‘First come, first serve’. Penggemar dan pemborong sekitar Perak, Kedah dan Pulau Pinang sering kali berulang menempah hasil ternakan ikan baung ini malah penggemar sejauh Kuala Lumpur juga ada yang membuat tempahan.

Bagi yang berminat merasai isi ikan baung atau pemborong yang ingin memperolehi ikan baung ternakan sangkar Sungai Kerian bolehlah menghubungi:

Syahril Aman Bin Shahidan
Ternakan ikan baung sangkar
Peraih ikan/udang galah,
Selatan Kedah.

No Tel -0142439101 atau 0122812314

1 comments:

Anonymous said...

gagal dihubungi. sila kemaskini nombor telifon anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...