seekor ikan baung gergasi yang ditangkap di sebatang sungai di India.
LONDON - Sejenis ikan baung gergasi yang dipercayai mula membaham manusia selepas merasa daging mayat yang dihanyutkan ke dalam sebatang sungai di India, lapor sebuah akhbar semalam.
Beberapa penduduk tempatan sebelum ini percaya kewujudan satu raksasa misteri di dalam sungai Kali di sempadan India-Nepal yang telah membaham penduduk ketika mereka mandi.
Kewujudan ikan gergasi tersebut menyebabkan seorang ahli biologi, Jeremy Wade melakukan siasatan di mana penemuan itu bakal disiarkan dalam satu dokumentari di televisyen.
Dia berkata: "Beberapa penduduk tempatan memberitahu saya satu teori bahawa ia akan membesar secara luar biasa apabila membaham sebahagian daripada mayat manusia.
"Jika anda memberikan makanan yang lebih, ia akan membesar dengan lebih besar," katanya.
Wade berjaya menangkap ikan gergasi seberat 73 kilogram bersamaan 6 kaki panjang itu di mana ia adalah rekod paling berat dunia dan jauh lebih besar berbanding ikan terbesar yang pernah ditemui di sungai sebelum ini.

Ikan berkenaan memakan daging mayat manusia yang dihanyutkan selepas dibakar dalam majlis pengebumian.
Beberapa penduduk tempatan sebelum ini percaya kewujudan satu raksasa misteri di dalam sungai Kali di sempadan India-Nepal yang telah membaham penduduk ketika mereka mandi.
Kewujudan ikan gergasi tersebut menyebabkan seorang ahli biologi, Jeremy Wade melakukan siasatan di mana penemuan itu bakal disiarkan dalam satu dokumentari di televisyen.
Dia berkata: "Beberapa penduduk tempatan memberitahu saya satu teori bahawa ia akan membesar secara luar biasa apabila membaham sebahagian daripada mayat manusia.
"Jika anda memberikan makanan yang lebih, ia akan membesar dengan lebih besar," katanya.
Wade berjaya menangkap ikan gergasi seberat 73 kilogram bersamaan 6 kaki panjang itu di mana ia adalah rekod paling berat dunia dan jauh lebih besar berbanding ikan terbesar yang pernah ditemui di sungai sebelum ini.
Ihsan - Agensi, kosmo online
0 comments:
Post a Comment