Cuti hujung minggu baru-baru ni memang plan aku nak bertukang. Sengaja aku cari bahan terbuang dan keluarkan sedikit syiling untuk belikan bahan-bahan lain untuk siapkan projek suka-suka.
Sebelum cuti hujung minggu aku ada terjumpa sebuah meja kecil yang uzur dan kira rosak la. Aku muatkan dalam kereta lalu bawa pulang. Kemudian aku mencari beberapa batang kayu terpakai. Aku juga dapatkan banner yang telah lama tergantung di tepi simpang rumah aku. Jangan bimbang, banner tu dah lama tamat tempoh, suatu program pertengahan tahun 2009, kira lupus la. Niatku adalah untuk memulihkan meja tersebut semasa cuti 2 hari hujung minggu. Kebetulan aku memiliki set alat pertukangan yang aku beli beransur-ansur.
Bukan tak mampu beli meja baru, tapi sengaja nak isi masa lapang dan layan mood yang tiba-tiba datang. Seharian mengerjakan meja buruk tu dengan menukarkan kaki meja, trim bahagian lantai meja, pasangkan skirt, akhirnya meja tersebut siap. Memang puas hati lihat hasilnya. Kategori budak baru belajar la, yang expert tu jangan la dibandingkan dengan aku.
Setelah meja tersebut siap dan berdiri dengan kukuhnya, maka ini spesifikasi meja yang berjaya aku pulihkan. Sayangnya tak terfikir nak ambil gambar meja buruk tu sebelum projek bermula.
Tinggi = 60cm
Lebar = 50cm
Panjang = 70cm
Material yang aku gunakan
Paku pelbagai saiz
Paku tekan
Banner terpakai
Meja buruk
Kayu 2inci x 2inci
Alatan pertukangan yang aku gunakan dan fungsinya
Penukul – mengetuk paku
Mesin jigsaw – memotong kayu
Gergaji – setting sudut 90 dan 45 darjah dan memotong kayu dan meja
Set square – setting sudut dalam pelbagai darjah kecondongan
Playar – buka skru buruk yang sedia ada pada meja
Pita ukur – mengukur meja dan kayu mengikut saiz yang diperlukan
Mini bolt cutter – memotong paku lama yang gagal dicabut dengan penukul
Sarung tangan – alas tangan agar selamat
0 comments:
Post a Comment