Tuesday, January 17, 2012

Belut albino yang mengagumkan



Mungkin anda boleh cari gambar dan video tentang belut tetapi mungkin tidak sama dengan yang sekor ni. Belut merupakan haiwan unik, pemalu dan penuh rahsia. Kenapa begitu? Haiwan ini sangat istimewa dari sudut perubatan. Cuba la anda cari.

Pemalu? Belut memang pemalu sebab itu ia mudah dijumpai di dalam lubang. Belut jarang bercampur dengan ikan-ikan lain di habitatnya. Penangkap belut biasanya memancing belut di dalam lubang di tepi batas parit atau sawah. Terdapat juga kaedah terkini menangkap belut iaitu memasang tukil belut. Tukil diperbuat daripada paip PVC yang berukuran diameter 4 inci serta panjangnya 3 kaki setiap satu.

Di utara Semenanjung Malaysia, sememangnya belut popular kerana isinya yang enak. Goreng pun sudah memadai untuk menikmati isinya yang enak umpama daging ayam. Itu belum mencuba laksa kuah belut. Fuih, meleleh air liur dibuatnya.
Penuh rahsia? Kenapa ya? Masih ramai orang di luar sana yang belum menerima realiti bahawa belut merupakan sejenis ikan. Puncanya adalah kerana keunikan bentuknya. Masih ada yang beranggapan bahawa belut adalah keluarga ular. Salah tu, faktanya belut adalah ikan. Tetap ikan sampai bila-bila. Ciri-ciri belut yang panjang dan licin juga menyebabkan ramai di luar sana yang geli menyentuhnya dan hilang selera untuk memakan isinya.

Part menyiang (siang) belut juga tak kurang cabarannya. Belut apabila disiang akan mengeluarkan darah yang banyak. Penggemar daging belut sendiri mungkin tidak bersedia apabila disuruh siang belut. Oh! Makan nak, siang belut tak berani. Apa kes ni… he3.
Teruja. Belut albino dijumpai
Yup, kali ini aku ingin bercerita penemuan belut albino. Belut normal pun mungkin begitu asing bagi anda. Apatah lagi belut albino. Cari di zoo pun belum tentu jumpa.

Segalanya bermula bila aku mengunjungi seorang rakan yang merupakan peraih belut. Apa tu? Peraih bermaksud orang tengah yang membeli belut dari orang kampong. Belut tadi akan dikumpulkan dan apabila melepasi kuota pengumpulan, peraih akan menghubungi orang tengah atau pembeli tetap (tauke) memaklumkan belut sedia untuk dijual secara pukal. Baru la berbaloi kedatangan tauke belut tadi.

Kawan saya tadi memaklumkan bahawa sudah 5 bulan beliau menyimpan belut albino tersebut. Ada tauke yang menawarkan sehingga RM5k bagi belut tersebut tapi beliau belum bersedia melepaskan belut tersebut ke tangan orang lain. Fuh, melopong aku mendengarnya. Mungkin duit bukan masalah bagi mereka yang kaya mendapatkan sesuatu yang special dari segi nilai sentimental. Bahagia dan bangga belut tadi jika tahu RM5k belum memadai untuk belut tersebut bertukar tangan.

3 comments:

Anonymous said...

5k banyak gak 2..aritu ada beli n masak belut albino ni..masa musim hujan tahun lepas..kat pasar sabtu n selasa di bandar permaisuri, setiu.jarang2 je belut ni tp ada la..x tau plak harganya mahal..huhuhu

Hissham Z said...

tu la... first time tgk belut albino.
5k lebih kalu kita nak kumpulkan :)

Anonymous said...

Saya ad belut albino ad sisiapa nak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...