Friday, February 4, 2011

Peralatan kriket untuk junior



Menyuburkan permainan kriket di Malaysia memerlukan usaha berterusan. Ramai dikalangan kita yang belum mengetahui bagaimana permainan ini dijalankan dan apakah peralatan yang digunakan semasa bermain. Jika generasi hari ini dibiasakan bermain kriket, pendek kata membudayakan permainan kriket seperti bola sepak, badminton, hoki dan sepak takraw, tidak mustahil sukan ini mampu mengharumkan nama Malaysia suatu hari ini, mungkin 10 hingga 15 tahun akan datang hasilnya.

Mari kita kenali set kriket untuk junior. Set lengkap untuk permainan kriket boleh diperolehi dengan kos bawah RM200.00. Mungkin ada yang terperanjat dengan harganya, tetapi mereka arif dalam permainan ini  tidak lagi terkejut. Set ini sebenarnya murah dan mudah diperolehi di India, Pakistan dan Bangladesh kerana budaya rakyatnya yang bermain kriket seperti budaya kita yang bermain bola sepak ketika petang dan kelapangan. Masalah di Malaysia ialah kurangnya pengedar dan permintaan terhadap set kriket menyebabkan harganya melambung tinggi.

Untuk bermain kriket bagi junior  9 dan 10 tahun, anda memerlukan set asas
1 bola kriket sama ada poly soft ball atau rubber ball .
2 set stump termasuk 4 bail
2 bat (pemukul)
Beg untuk set  dan alas bola untuk latihan sebagai aksesori sokongan sahaja.

Bagi padang kriket pula, ia tidak perlu khusus. Kriket boleh dimainkan di padang awam dengan ruang saiz yang sesuai. Dengan jejari bulatan 35 meter dan pitch terletak merentangi titik bulatan. Hujung pitch adalah kedudukan stump pada jarak 18 meter antara kedua-duanya. Mungkin sebagai penanda bulatan boundary diletakkan kon-kon kecil supaya mudah kelihatan.

4 comments:

Kak Mahh said...

Akak belum pernah main,kalau ada peluang nak juga try...
Psst...saya nak blog berwajah baru.

Hissham Z said...

tu la akak,
time sy kecik dulu2 pun takda game ni kat skolah
dah tak brapa nak muda ni baru dpt peluang kenal2 kriket
latih budak je la
blog akak dah make-up baru
blog masih mcm tu :)

Unknown said...

Kat Mana nak beli ?

Unknown said...

Blh bagi alamat kedai supaya saya blh datang utk membeli petalatan kriket

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...