Saturday, July 12, 2008

Iran dan keupayaan peluru berpandu



(Klik untuk zooming)

TEHERAN - Iran 2 hari lalu melancarkan lebih banyak ujian peluru berpandu, selepas berjaya menjalankan ujian ke atas sembilan peluru berpandu yang menimbulkan kecaman hebat dari Barat, lapor media tempatan.

Stesen radio dan televisyen tempatan melaporkan, ujian baru peluru berpandu itu telah dijalankan tengah malam tadi.

"Ia dijalankan di perairan Teluk Parsi, membabitkan pelbagai jenis peluru berpandu iaitu darat ke udara, udara ke udara dan air ke udara.

"Ujian itu turut membabitkan peluru berpandu Hout yang berkuasa tinggi dan kesemua ujian dilaporkan berjaya," kata laporan itu tanpa memberikan maklumat lanjut tentang peluru berpandu tersebut.

Stesen televisyen satelit Press TV melaporkan, peluru berpandu Hout merupakan torpedo.

"Tentera Pengawal Revolusi Iran menjalankan lebih banyak ujian peluru berpandu di Teluk Parsi," lapor tajuk berita ringkas Press TV.

Laporan itu menyusul selepas Komander Tentera Udara Pengawal Revolusi Iran, Hossein Salami mengeluarkan kenyataan semalam bahawa "latihan ujian peluru berpandu waktu malam" akan dijalankan.

Press TV melaporkan, ujian itu merupakan sebahagian daripada latihan ketenteraan yang sedang dijalankan.

Ihsan - Reuters, BHarian
Artikel asal-Iran lancar lebih banyak ujian peluru berpandu

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...