Sunday, October 23, 2011

Lampu dan pencahayaan

Rumah anda telah memiliki tenaga elektrik?
Ramai yang tersenyum dengan soalan ini kerana rata-rata telah menikmati kemudahan eletrik sejak celik mata lagi (sejak lahir). Tapi jangan terkejut bahawa di malaysia masih ada komuniti yang belum menikmatinya atas pelbagai faktor. Mereka yang mengakses internet ketika membaca entri ini juga pasti telah menikmati kemudahan eletrik.


Siapa pula yang belum menikmati kemudahan elektrik?
Masih ada segelintir yang tinggal di kawasan pendalaman dan pergunungan yang sukar dihubungi.
Mereka yang masih mengamal budaya berpindah-randah.
Puak yang menjaga adat resam dan cara hidup turun temurun jauh di pendalaman.
Golongan pekerja yang menjalankan projek di hutan dan pendalaman.
Fakir dan miskin yang tidak berkemampuan mengadakan kemudahan elektrik seperti jiran mereka.
Imigran yang baru berhijrah memulakan kehidupan atau pekerjaan baru.
Peneroka hutan
Tahukah kita bahawa lampu kalimantang 36 watt yang digunakan rumah kita jauh lebih jimat berbanding lilin, lampu suluh dan lampu minyak tanah.
Bagaimana perbandingan boleh dibuat?
Kos lampu kalimantang 36 watt terpasang seminggu = RM1.32
Kos 2 biji bateri (sel kering) = RM4.60
Kos sekotak lilin 6 batang = RM2.00
Kos minyak tanah 1 liter = RM2.50
Apapun sumber-sumber cahaya ini memiliki kelebihan tersendiri bergantung kepada masa, tempat dan keperluan.Adakah lampu sebagai punca sesebuah bilik itu panas?
Bergantung kepada jenis lampu. ada lampu yang mengeluarkan haba yang tinggi (contoh-spotlight) dan ada yang rendah.
Lampu yang biasa digunakan di rumah iaitu lampu kalimantang tidak mengeluarkan haba yang tinggi.
Selain itu, bilik yang memiliki sistem pengudaraan yang baik (bertingkap dan boleh dibuka) membantu mengurangkan peningkatan suhu oleh lampu.
Sebenarnya badan manusia juga menyumbang kepada peningkatan suhu bilik.
Semakin ramai orang di dalam sesebuah bilik atau dewan, semakin panas suhu persekitaran tempat tersebut.
Sebagai contoh, suhu sebuah panggung wayang yang dipenuhi 500 penonton adalah lebih panas berbanding penonton cuma 50 orang.
Maka sudah tentu pengurusan panggung wayang tersebut perlu membeza dan melaraskan penghawa dingin agar penonton selesa.

Kenapa sesetengah orang tidak selesa apabila lampu terpasang di siang hari?
Mereka mungkin memberi alasan bahawa memasang lampu di siang hari menyebabkan suhu bilik meningkat walaupun ketika itu cuaca gelap dan bilik tersebut memiliki sistem pengudaraan yang baik. Perkara ini mungkin disebabkan faktor kesihatan iaitu mata. Biasanya pesakit mata yang mengalami masalah silau tidak suka pencahayaan yang cerah. Faktor lain adalah terbiasa dengan keadaan keperluan cahaya yang diamalkan.

Kenapa pula sesetengah orang perlu memasang lampu di siang hari?
Mungkin kerana cuaca gelap. Ada yang mengalami masalah mata. Dan ada yang memberi alasan telah terbiasa.

Bagaimana memastikan perubahan suhu sebelum dan selepas memasang lampu di dalam sesebuah bilik?
Cukup mudah, kita hanya perlu jangka suhu atau termometer untuk menyukat suhu sebelum dan selepas memasang lampu di dalam sebuah bilik.

Bagaimana memilih lampu yang menjimatkan tenaga?
Pemilihan lampu bergantung kepada tujuannya. Lampu di ruang makan tentulah berbeza dengan lampu hiasan, lampu bilik tidur, lampu bilik air, lampu taman dan lampu ruang letak kereta. Ada tempat yang memerlukan pencahayaan yang lebih dan ada tempat sesuai lampu yang suram. Semasa melakukan pembelian lampu, perhatikan maklumat pada kotak lampu yang memaparkan tenaga elektrik yang digunakan dan tahap pencahayaannya.
SOALAN PALING POPULAR TENTANG LAMPU

Adakah lampu menyumbang peningkatan bil elektrik?
Jawapannya bergantung kepada jenis lampu yang digunakan. Hanya lampu spotlight yang menggunakan tenaga elektrik yang tinggi. Lampu rumah rata-ratanya adalah produk elektrik yang jimat tenaga berbanding penghawa dingin (aircond), peti ais, sistem teater rumah, seterika, cerek elektrik, kipas angin, mesin basuh dll.
Apakah kadar tarif tenaga elektrik yang dikenakan ketika ini?
Kadar tarif yang dikenakan oleh TNB ketika ini ialah 0.218 dan 0.334. 2/3 daripada jumlah keseluruhan penggunaan akan dikenakan tarif 0.218 manakala bakinya iaitu 1/3 akan dikenakan tarif 0.334.

Adakah tarif elektrik akan dinaikkan?
Secara jujurnya, sudah pasti akan naik bergantung kepada masa dan keadaan. Taraf kehidupan dan pendapatan per kapita rakyat malaysia juga jauh meningkat berbanding dulu maka sudah pasti kos sumber untuk menjana tenaga elektrik dan tenaga kerja meningkat. Ini mempengaruhi tarif elektrik semasa.

bersambung nanti...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...