Friday, June 6, 2008

Piramid hilang ditemui semula

Para pekerja arkeologi membersihkan tapak piramid
berusia lebih 4,000 tahun di Sakara, Giza baru-baru ini.


SAQQARA - Kerajaan Mesir semalam mendedahkan penemuan satu piramid berusia 4,000 tahun yang dijumpai semula selepas ia hilang di Saqqara.

Ketua antikuiti Mesir, Zahi Hawass berkata, piramid itu dipercayai dibina oleh Raja Menkauhor yang merupakan salah seorang firaun yang hanya memerintah Mesir selama lapan tahun. Pada 1842 seorang ahli arkeologi Jerman, Karl Richard Lepsius merekodkan piramid itu sebagai salah satu penemuannya di Saqqara.

Beliau melabelkan piramid itu sebagai nombor 29 dan menamakannya sebagai "piramid tidak berkepala" kerana bahagian binaan itu telah hilang. Bagaimanapun, ribut pasir mengakibatkan piramid itu tertimbus dan sejak itu tiada seorangpun ahli arkeologi yang berjaya mengesan tempat persemadian Menkauhor.

Zahi juga mengumumkan penemuan kedua pasukan berkenaan iaitu satu jalan yang digunakan oleh paderi besar ketika sesuatu perayaan. Hanya paderi itu sahaja yang dibenarkan melalui jalan berkenaan sambil membawa kepala lembu yang diawet. - AP

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...