Russia tonjol kekuatan dalam 'Perang Dingin' baru
MOSCOW: Russia berjaya menguji sistem peluru berpandu rahsia yang mampu menembusi sistem pertahanan Amerika Syarikat yang dibangunkan di Poland, lapor akhbar Telegraph.
Dalam langkah jelas untuk menonjolkan kekuatan ketenteraan di tengah ketegangan semakin meningkat dengan sekutu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato), Kremlin melancarkan roket Topol RS-12M, yang mempunyai kuasa nuklear, dari pusat ruang angkasa di Plesetsk ke arah sasaran terletak 5,920 kilometer di seluruh negara.
Ujian diadakan seminggu selepas Washington dan Warsaw secara rasmi mencapai persetujuan menjadi tuan rumah kepada komponen pelindung pertahanan peluru berpandu Amerika di Poland.
Ketika pegawai Amerika menegaskan perisai itu direka untuk bertahan dari sebarang potensi serangan Iran atau Korea Utara, Moscow berkata ia penghinaan yang tidak boleh diterima kepada keselamatannya.
Ketika pegawai Amerika menegaskan perisai itu direka untuk bertahan dari sebarang potensi serangan Iran atau Korea Utara, Moscow berkata ia penghinaan yang tidak boleh diterima kepada keselamatannya.
Kementerian Luar Russia minggu lalu berjanji 'bertindak, dan bukan hanya menerusi protes diplomatik' kepada pembinaan perisai itu. Berikutan ujian itu, jurucakap Pasukan Roket Strategik Russia, Kolonel Alexander Vovk, berkata: "Pelancaran dibuat khusus untuk menguji kemampuan misil untuk mengelakkan sistem pengesanan darat.
"Ia mengena sasaran dengan tepat, menunjukkan kemampuannya menyerang ke atas sasaran yang mempunyai sistem baik."
"Ia mengena sasaran dengan tepat, menunjukkan kemampuannya menyerang ke atas sasaran yang mempunyai sistem baik."
Topol RS-12M, yang dirujuk sebagai SS-25 Sickle oleh NATO, seberat 45 tan, mempunyai jarak maksimum 9,800 kilometer dan boleh membawa peledak nuklear seberat 550 kilotan. Pembangunan senjata itu bermula pada 1977 dan menjadi sebahagian senjata Russia sejak Perang Dingin.
Bagaimanapun, model lama sudah dikemas kini dan jangka hayat dipanjangkan. Kolonel Vovk berkata, model terkini sukar dikesan dan laluannya sukar dijangka.
Oktober lalu, Presiden Russia ketika itu, Vladimir Putin, yang kini menjadi Perdana Menteri, berkata Moscow berusaha membina senjata nuklear jenis baru sebagai sebahagian pelan 'besar-besaran' untuk meningkatkan pertahanan negara itu terhadap sebarang ancaman dari perisai Amerika.
Kolonel Vovk berkata, Kremlin bercadang mengulangi ujian itu. "Sebagai sebahagian daripada arahan ketua komander beberapa pelancaran misil ini akan dilakukan sebelum menjelang akhir tahun," katanya.
Ihsan: Agensi, BHarian
0 comments:
Post a Comment