Sekadar gambar hiasan
TEHERAN 8 Julai – Iran akan menyerang Israel dan Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) di Teluk sebagai tindak balas pertama terhadap sebarang serangan Washington ke atas program nuklearnya.
Ali Shirazi, seorang ulama yang menjadi wakil kepada pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei dalam pasukan laut Pengawal Revolusi berkata, tembakan pertama AS ke Iran akan menyebabkan kepentingannya di seluruh dunia menjadi sasaran.
“Tel Aviv dan armada AS di Teluk Parsi akan menjadi sasaran dalam tindak balas Iran,” katanya.
Komen beliau itu serentak dengan tindakan pengawal Revolusi mengadakan latihan perang terbaru dan meningkatkan kesediaan dan keupayaan tempur tatkala ketegangan berhubung krisis nuklear Iran masih berterusan.

AS dan Israel sebelum ini tidak menolak untuk menyerang Iran berhubung program nuklear Teheran yang didakwa oleh Barat untuk menghasilkan senjata nuklear.
Ali berkata “rejim Zionis sedang memberi tekanan kepada para pemimpin White House supaya merancang serangan tentera ke atas Iran” dan Iran akan bertindak “jika mereka melakukan kebodohan itu.”
Komen beliau itu serentak dengan tindakan pengawal Revolusi mengadakan latihan perang terbaru dan meningkatkan kesediaan dan keupayaan tempur tatkala ketegangan berhubung krisis nuklear Iran masih berterusan.
Agensi berita Fars melaporkan, latihan peperangan Nabi Agung III yang membabitkan pasukan peluru berpandu dan tentera laut Pengawal Revolusi bertujuan “meningkatkan keupayaan tempur”.
Ihsan– AFP, Berita Harian
Berita asal : Israel, armada AS sasaran pertama jika Iran diserang
0 comments:
Post a Comment