Saturday, June 20, 2009

Ular gergasi telan buaya


LOS LLANOS - Seekor ular gergasi menyerang seekor buaya sebelum menelannya dekat bandar Los Llanos, Venezuela, dilaporkan April lalu. sengaja disimpan berita ini kerana kejadian ini unik.

Detik-detik itu berjaya dirakamkan oleh jurugambar ketika ular itu membelit buaya tersebut sebelum menelannya di sebuah kawasan berpaya di sebuah hutan di negara berkenaan.

Pada kebiasaannya, filem-filem Hollywood kerap menunjukkan adegan ular gergasi yang kerap diberi jolokan anaconda menelan manusia dan haiwan lain.

Namun, detik-detik menarik itu disaksikan sendiri oleh jurugambar yang menyaksikan pertarungan antara ular dengan buaya terbabit.

Ular gergasi tersebut berwarna hijau dan bertindak membelit buaya malang itu kerana ia tidak mempunyai bisa untuk membunuh mangsa.

Mulut ular itu yang anjal mampu untuk membaham buaya tersebut tetapi ia mengambil banyak masa untuk menelan tubuh haiwan berkenaan.

Selepas menghabiskan makanan itu, ia kemudian mencari kawasan yang sesuai untuk berehat dan menghadamkan hidangan istimewa yang sudah dinikmatinya.

Kebetulan buaya malang tersebut berdepan lawan yang cukup besar berbanding dirinya. Apa akan jadi jika buaya itu seperti saiz di bawah? 2 atau 3 orang mampu ditelan buaya ini sekaligus. Namun buaya ini juga tewas di tangan manusia. Itulah realiti pertembungan, akan ada pihak yang menang dan tewas. Buaya yang ditumpaskan ini adalah buaya muara (Crocodylus porusus) sepanjang enam meter (lilitan badan 2 meter) dengan berat 600 kilogram yang ditangkap di Desa Punggur Besar, Kabupaten Kubu Raya, Kalimantan Barat. Buaya ini sebelum ditumpaskan telah membaham 2 orang nelayan.

Video Buaya besar yang ditumpaskan di Youtube.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...