(Sekadar gambar hiasan)
TEL AVIV- Kemampuan ketenteraan Iran sudah meningkat dengan 'menakjubkan' selepas sebuah kapal selam baru dikeluarkan, lapor sebuah akhbar semalam.
Menurut Menteri Pertahanan Iran, Jeneral Mostafa Mohammad Najjar, kapal selam itu mempunyai kemampuan mengelak daripada dikesan oleh radar.
Beliau berkata, ia juga tidak dipandu oleh manusia dan dianggap 'pintar.'
Laporan yang dipetik dari sebuah stesen radio Iran itu tidak menyatakan dengan terperinci saiz dan spesifikasi teknikal kapal selam tersebut.
Pada kebiasaannya, Iran mengumumkan pengeluaran senjata-senjata canggih.
Sejak tahun 1992, ia aktif mengeluarkan kereta-kereta kebal, peluru berpandu, torpedo termasuk bom.
Bagaimanapun, hanya terdapat maklumat yang sedikti berhubung kapal selam buatan Iran. Beberapa tahun lalu, negara itu membeli sejumlah kapal selam Rusia dan mengeluarkannya untuk kegunaan sendiri tetapi dengan bentuk lebih kecil.
Ihsan - Agensi, Kosmo Online
0 comments:
Post a Comment