Sunday, January 30, 2011

Kriket Piala Dunia 2011

Tidak lama lagi akan berlangsung ICC Piala Dunia Kriket 2011. Pembukaan rasmi kejohanan yang bakal berlangsung pada 17 Februari 2011 ini yang merupakan Kejohanan Piala Dunia kali ke-10. Menariknya Piala Dunia Kriket 2011 ini akan melibat 3 negara tuan rumah iaitu India, Sri Lanka dan Bangladesh. Inilah kali pertama Bangladesh menjadi tuan rumah bersama.

Kejohanan ini akan mengguna pakai format cricket’s one day international dengan penyertaan 14 pasukan kebangsaan. Ia bakal berlangsung sehingga awal April 2011 dengan perlawanan pertama diantara pasukan India menentang Bangladesh. Perlawanan pertama ini akan berlangsung di Stadium Nasional Sher-e-Bangla, Dhaka. Manakala perlawanan akhir bagi penentuan juara nanti bakal berlangsung pada 2 April 2011 di Stadium Wankhede, Mumbai.

Jumlah keseluruhan perlawanan adalah 49 termasuk perlawanan akhir nanti. Berikut adalah 14 pasukan yang bertanding iaitu Australia, New Zealand, Bangladesh, India, Pakistan, Sri Lanka, England, Ireland, Belanda, Canada, West Indies, Kenya, Afrika Selatan dan Zimbabwe.

Rasanya ramai peminat-peminat kriket di Malaysia yang teruja menantikan kejohanan ini berlangsung. Permainan Kriket agak asing di Malaysia berbanding bola sepak, badminton dan hoki. Kriket di Negara seperti India, Pakistan, Bangladesh dan Sri Lanka adalah sukan popular dan menjadi sukan harian mereka di waktu kelapangan. Sewajarnya permainan unik dan penuh taktikal ini diperkembangkan secara meluas dikalangan lapisan muda. Mana tahu suatu hari nanti nama Malaysia mampu gah sebagai gergasi permainan kriket.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...