Monday, May 12, 2008

Kambing dan serigala hidup sekandang

('Akhir zaman'; pemangsa dan mangsa dapat tinggal bersama)

BEIJING: Sebuah zoo China mendakwa ia mempunyai pasangan haiwan yang pelik - seekor serigala dan kambing yang didakwa saling berkasih selepas berkongsi kandang sama. Keakraban dua haiwan diketahui hubungannya sebagai pemangsa dan mangsa, mengejutkan ramai pihak dan pengunjung Zoo di White Tower Park di bandar Nanchong.

Media tempatan, West China City News turut menyiarkan gambar serigala dan kambing berkenaan yang kelihatan mesra duduk bersebelahan dalam sebuah kandang itu. Malah, seorang petugas zoo itu, Xu Lu Feng mendakwa pasangan itu tidak dapat dipisahkan.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...