Berita ni mungkin dah lama. Tapi aku minat nak ulas. Sblm ni kita mungkin terbaca berita tentang harimau bintang tumpaskan buaya. Kali ini lain, giliran badak air pulak membaham buaya. Yelah, buaya tu salah tempat. Adakah patut nak lepak main dengan badak air. Macam badak air tak kenal geng sendiri.
Aku kerap juga lihat badak air secara live di Zoo Negara dan Zoo Taiping. Memang kalu badak air buka mulut tak kira sama ada untuk makan atau menguap, selebar-lebar sampai manusia dengan berat 50kg ke bawah ditelan mudah-mudah. Aku anggarkan haiwan dewasa speseis ini mampu membuka mulut melebihi 40cm.
Begitulah yang terjadi kepada seekor buaya di Dodoma Tanzania mati diserang sejumlah badak air semasa ia merayap di atas kepala haiwan itu untuk menyeberangi sebatang sungai. Senang cerita memang buaya ni biadap, bukan semua haiwan lemah. Kali ini buku bertemu ruas. ‘Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan buruk padahnya’.
Untuk makluman bagi yang belum tahu, detik-detik tersebut dirakamkan oleh jurugambar warga Republik Czech, Vaclav Silha, 45, di Sungai Nil di Taman Negara Serengeti, 485 kilometer dari Dodoma , baru-baru ini.
Kejadian itu berlaku apabila kumpulan badak air berasa terancam kerana melihat kehadiran buaya tersebut.
Kira-kira 50 ekor badak air berada di sungai itu dan gambar tersebut akan disiarkan menerusi majalah BBC Wildlife Magazine.
0 comments:
Post a Comment