DAGINGNYA lembut, tidak mengandungi lemak dan tidak berserat serta khasiatnya dikatakan mampu menyembuhkan penyakit kronik menyebabkan landak menjadi antara makanan pilihan. Malah, keenakan daging landak sering menjadi bualan kelompok penggemar daging buruan sehingga ia dikatakan lebih lazat daripada daging kijang. Mungkin kerana isinya yang lembut walau hanya di salai apatah lagi di masak lemak atau dibuat sup.
Bagaimanapun kesukaran mendapatkan bekalan daging landak disebabkan populasinya yang hampir pupus dan ditambah tergolong dalam spesies haiwan buruan yang dilindungi Akta Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara 1972 (Akta 76/72) menyebabkan pihak berwajib mula mencari alternatif untuk membiakkan ternakan itu.
Berikutan itu, projek penternakan komersial landak raya secara usaha sama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dengan orang awam sejak 2005 menggunakan teknologi moden dijangka dapat membantu meningkatkan bekalan daging landak.
Menternak landak untuk tujuan komersial kedengaran janggal. Namun bagi yang pernah merasai keenakan daging haiwan yang semakin diancam kepupusan itu, usaha penternakan komersial landak raya atau Hystrix Brachyura pastinya memberi khabar gembira kepada mereka.
Projek penternakan komersial landak raya diusahakan secara bersama oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan orang awam sejak 2005. Melalui program itu, beberapa aspek aplikasi bioteknologi dikaji. Walaupun keutamaan diberikan kepada pembiakan dan skop genetik molekul tapi nilai tambah lain juga dibangunkan bagi memperkukuhkan keperluan penggunaan spesies ini secara lestari selain kepentingan konservasi spesies.
Usaha dilakukan pihak terbabit mampu memberi impak besar pada bilangan populasi hidupan liar dalam kurungan melalui sistem pembiakan teratur dan aplikasi bioteknologi pembiakan terkini. Penternak landak raya di Banting, Selangor yang mempelopori penternakan landak raya secara komersial bersama Perhilitan, Tukiran Dalimi, 45, berkata landak raya mempunyai pasaran dan nilai komersial yang tinggi untuk pasaran tempatan dan luar negara.
“Bagaimanapun, sayang sekali populasi landak di negara ini semakin terancam dan berkurangan disebabkan pemburuan haram juga pembangunan,” katanya yang sudah hampir tiga tahun menternak landak raya. Tukiran mendapat kebenaran Perhilitan untuk memburu serta membiak haiwan yang dilindungi sepenuhnya Akta Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara 1972 (Akta 76/72).
Akta berkenaan diwujudkan bagi melindungi hidupan liar tempatan dan hidupan liar yang tersenarai dalam Konvensyen CITES. Landak raya adalah spesies hidupan liar yang dilindungi dalam senarai Jadual Dua Bahagian II - Binatang Perburuan. Segala aktiviti yang membabitkan hidupan yang dilindungi dan dilindungi sepenuhnya tanpa lesen atau permit khas adalah menjadi satu kesalahan serta boleh dikenakan denda atau dipenjara.
“Saya mendapat lesen dari Perhilitan untuk memburu 100 ekor landak raya liar bagi tujuan pembiakan bagaimanapun sebelum memulakan projek ini tiga tahun lalu, hanya lima ekor landak liar saya buru untuk dijadikan baka. “Seekor landak jantan dan empat betina yang saya dapat dari kawasan belukar berhampiran Litar F1 Sepang itulah permulaannya dan sehingga kini saya mempunyai kira-kira 40 ekor landak raya berusia dari dua tahun hingga sehari,” katanya leka membelai landak peliharaannya yang manja dan kenal tuan.
Menceritakan idea untuk menternak landak raya, Tukiran berkata, usaha itu bertitik tolak daripada kekecewaannya terhadap penternakan lembu dan kambing. “Ketika itu saya membela lembu dan kambing tapi binatang itu memberi banyak masalah malah menjaganya juga sedikit leceh. Sudah diberi makan yang cukup pun masih masuk ke kawasan orang membuat kacau.
“Lama memikirkan apa boleh menggantikan lembu dan kambing, saya terfikir mengenai daging landak yang turut mendapat permintaan tinggi lalu idea itu saya usulkan pada Perhilitan,” katanya yang kini mampu berbangga dengan tiga generasi landak yang diternaknya. Ladang landak raya milik Tukiran di Kampung Labuhan Dagang, Banting, Selangor dipagar tinggi bagi mengelakkan diceroboh pihak luar. Manakala landak pula ditempatkan di dalam kandang berjeriji besi.
“Tujuan pagar itu dibuat bagi mengelakkan kanak-kanak bermain dengan landak berkenaan. Apa yang dirisaukan apabila diganggu, landak boleh melepaskan durinya yang berbisa sehingga jarak 0.6 meter. Ia mungkin boleh mendatangkan kecederaan atau maut. “Sifat landak juga berpuak-puak, apabila bertembung dengan landak dari kumpulan lain, mereka akan bergaduh. Kekuatan mereka di luar jangkaan. Malah, kandang besi juga mampu dipecahkan jika bergaduh,” katanya.
Kata Tukiran, melalui program usaha sama Pembiakan Komersial Landak Raya bersama Perhilitan, setiap penternak yang berminat perlu mendapatkan kebenaran Perhilitan. Jabatan berkenaan akan bertanggungjawab memberi sokongan dari segi khidmat nasihat mengenai pemakanan, sifat dan kawasan kandang yang sesuai untuk landak peliharaan. Landak raya peliharaan Tukiran diberi makan daun ubi, daun betik muda dan buah kelapa sawit dari pokok sawit sekitar kawasan ladangnya. Sesekali makanan landak disulam dengan dedak, vitamin dan garam mineral yang disarankan Perhilitan bagi membekalkan nutrien yang cukup untuk tumbesaran landak.
Tukiran berkata, keistimewaan daging landak adalah pada dagingnya yang lembut, tidak mengandungi lemak dan tidak banyak serat. Dagingnya juga enak jika disalai, dimasak rendang, sup atau kari walaupun dagingnya mempunyai rasa dan bau yang sedikit menyengat dengan warna yang sedikit pucat. “Amalan memakan secubit hati landak setiap hari juga dikatakan mampu menyembuhkan penyakit kronik seperti kanser, lelah dan leukimia. Daging landak juga mempunyai gen yang boleh membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka,” katanya.
Ketika kecil dulu duri landak turut berguna sebagai penunjuk ketika kelas mengaji. Ada juga sebilangan masyarakat yang mempunyai kepercayaan karut dengan membalut duri landak di dalam kain kafan sebagai penolak bala. Ada juga yang mengaitkan amalan memakan ekor landak mampu meningkatkan tenaga batin. Tukiran bagaimanapun menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengaitkan amalan memakan daging landak sebagai ubat atau tonik untuk meningkatkan fungsi seksual atau kepercayaan lain.
Tukiran berkata, penternakan landak mempunyai potensi untuk dikembangkan iaitu sebagai alternatif untuk daging lembu atau kambing. Tapi beliau lebih selesa menjadi pembiak dan pembekal baka landak raya untuk pengusaha yang berminat. Di pasaran, daging landak raya boleh mencecah sehingga RM70 sekilo malah seekor landak raya hidup boleh dibeli dengan harga RM1,000 seekor manakala harga sepasang landak raya adalah RM3,500 bergantung pada saiz dan umur. Tukiran mensasarkan untuk mewujudkan lima francais penternak landak raya sebelum memasarkan daging landak di pasaran dalam tempoh beberapa tahun lagi.
“Kini saya ada kira-kira 40 ekor landak raya yang sesuai disembelih bagi mendapatkan daging, malah permintaan dari pembekal daging dan orang ramai juga sangat banyak. “Tapi saya agak keberatan untuk menjual daging. Ketika ini saya lebih berminat untuk menjadi pembekal baka landak raya untuk sesiapa yang berminat memulakan penternakan landak,” katanya.
Sementara itu di Seremban; hanya sebuah restoran menyediakan masakan daging landak, bagaimanapun hidangan itu bukannya pada setiap hari kerana ia bergantung kepada bekalan daging yang diperoleh dari Johor.
Restoran Nelayan Seafood & Catering Sdn Bhd atau dikenali sebagai Restoran Nelayan, yang beroperasi sejak 20 tahun lalu di Jalan Za`ba, menyediakan daging landak masak lemak cili api dan masak halia dicampur kicap. P
emiliknya, Abd Hadi Othman, berkata harga yang dikenakan RM10 bagi satu senduk tetapi masalah yang sering dihadapi ialah bekalan tidak mencukupi. "Penggemar masakan landak bukan saja dari negeri ini malah dari Kuala Lumpur dan Melaka dan ada kalangan mereka adalah pelanggan tetap," katanya.
Ihsan: Siti Nur Almizan Aripin dan Mohd Amin Jalil
Artikel asal: Lauk Landak
Berita Harian
Berita Harian
24 comments:
bolih saya dapatkan panduan atau baka utk mulakan ternakan landak-
sidek 0196618157
saya berminat nak ternak landak ni boleh saya join
Tel : 012-7826432 (ady)
Lokasi : Johor
Salam, saya merancang untuk membuat sedikit kajian tentang pembiakan landak raya. boleh tak saya dapatkan no telefon atau alamat penternak dan pengusaha restoran daging landak untuk mendapatkan maklumat terperinci tentang landak raya ini. Boleh kiranya email butiran ke email saya;
syahar_tucki@yahoo.com
salam,
saya fazlee. Saya terjumpa seekor anak landak semasa saya sdg memandu di sekitar rumah saya di subang jaya.jadi utk mengelak dia di langgar/gelek kenderaan lain saya telah ambil dan bawa pulang. Maka terbit minat nak membelanya. Namun, saya lihat ia asik tidur/pasif saja.
Saya ingin minta tips dari encik ttg pemakanannya dan apa patut saya buat utk terus membelanya. Minta email kpd saya:
fazlee76@yahoo.com
Landak mempunyai tabiat aktif pada waktu malam, makan yang kerap dan aktif mengawan. Seekor landak mampu melahirkan anak antara dua dan tiga ekor sekali beranak.
Landak diternak dengan menggunakan sangkar dinding konkrit dan bahagian depannya besi jeriji dengan setiap sangkar boleh diletakkan seekor atau dua ekor (sepasang).
Sementara itu menurut Pengarah Bahtera Ternak, Nurul Azam Haron, mereka yakin jika industri ternakan landak berjaya dilaksanakan, maka daging landak akan lebih popular.
Menurutnya, penglibatan mereka dalam bidang ternakan bertujuan mahu menyumbang kepada perkembangan industri yang sihat dan sebagai sumber makanan.
Syarikat tersebut boleh dihubungi di talian 012-2132401
saya berminat nak tahu detail bagaimana nak ternak landak. emailkan info ke muhsinrosnaini@gmail.com
Saye berminat nak membela landak sebab kawan ayah saye ade membela landak dia sungai buluh selangor jadi blh sye tahu mcm mane nak dptkn lesen menternak landak tu tlg emailkn kat ahmadbukhari936@gmail.com
Boleh Sy nk tahu cm ne nk dapat kan lesen mmbela lnadak yg coney ni sbb sy dah ade sepasang heheh
tergedek2 dye jalan
0176874463 0193034467
Assalam Tuan..boleh saya tahu cara untuk dapatkan lesen daripada perhilitan untuk membela landak..dan ingin menuntut cara penternakan landak dengan betul..harap Tuan dapat membantu..Tq
Email; mfzaki17@gmail.com
Assalam, macam mana sy boleh dptkan daging landak
Email sy di syahrul_xango@yahoo.com
Salam...skng n Landak 2 ad age x
Email saya di Amiruldaniel3@gmail.com
Email saya di Amiruldaniel3@gmail.com
Dah x ujud ke
Dah x ujud ke
sy ingin mendapatkan maklumat tentang penternakan landak raya. sy sgt berminat menceburi bidang ini. 0129545401
Pls contact 019 2727772 atau 0361561411 atau fax 0361564849 Tn Hj Muhammad beli hidup atau daging atau batu semua ! Anak 2 pun beli ternak di selangor Farms! TK Tn Hj Muhammad atau email bestfarm123@gmail.com
Pls contact 019 2727772 atau 0361561411 atau fax 0361564849 Tn Hj Muhammad beli hidup atau daging atau batu semua ! Anak 2 pun beli ternak di selangor Farms! TK Tn Hj Muhammad atau email bestfarm123@gmail.com
Pls contact 019 2727772 atau 0361561411 atau fax 0361564849 Tn Hj Muhammad beli hidup atau daging atau batu semua ! Anak 2 pun beli ternak di selangor Farms! TK Tn Hj Muhammad atau email bestfarm123@gmail.com
Pls contact 019 2727772 atau 0361561411 atau fax 0361564849 Tn Hj Muhammad beli hidup atau daging atau batu semua ! Anak 2 pun beli ternak di selangor Farms! TK Tn Hj Muhammad atau email bestfarm123@gmail.com
Pls contact 019 2727772 atau 0361561411 atau fax 0361564849 Tn Hj Muhammad beli hidup atau daging atau batu semua ! Anak 2 pun beli ternak di selangor Farms! TK Tn Hj Muhammad atau email bestfarm123@gmail.com
Saya berminat ternak landak raya mcm mna 0166726933
Saya sangat berminat bagaimana cara nya
0173276968
Roslan
Post a Comment