Saya umpama Julia Roberts’
LONDON: “Saya seperti seorang puteri, umpama aktres Julia Roberts dalam filem Pretty Woman,” kata Sufiah Yusof, mengenai layanan terhadapnya oleh mereka yang melanggannya.Pelajar genius yang diterima belajar di Universiti Oxford pada usia 13 tahun itu mendakwa, dengan memperdagangkan tubuhnya dengan bayaran melebihi 1,000 paun sterling (RM6,373) semalam, dia menikmati hidup penuh glamor yang tidak pernah diimpikan ketika belajar.
“Pelanggan melayan saya seperti seorang puteri. Seorang daripada pelanggan dari London pernah membawa saya membeli-belah di Bond Street. Dia membelikan saya pakaian jenama Gucci hitam berharga RM4,461 dan kemudian membawa saya ke Selfridges untuk membeli beg tangan.“Saya memilih beg Gucci berharga RM3,824. Seterusnya saya mengenakan pakaian baru dan memberikan layanan kelas pertama kepadanya. Hakikatnya, saya hidup dalam dunia penuh glamor,” katanya dalam akhbar News of the World.
Sufiah, bagaimanapun tidak menganggap pendidikannya dibazirkan, sebaliknya mendakwa ia menjadikannya lebih matang untuk memberi layanan terbaik kepada pelanggan.
“Mereka gembira kerana saya mampu memberi rangsangan terbaik untuk minda dan tubuh mereka. Pengalaman saya tidak dibazirkan. Malah, saya biasanya membawa kerja rumah atau mengulang kaji sebelum memenuhi temujanji,” katanya.
Sufiah mendedahkan pengalamannya sebagai pelacur kelas atasan yang memperoleh pendapatan RM828 sejam sambil belajar di peringkat sarjana selepas News of the World mendedahkan kegiatannya itu, minggu lalu. Apapun, kisah itu amat menyedihkan bagi seorang pelajar pintar yang lari dari universiti pada usia 15 tahun kerana tidak lagi mampu bertahan dengan tekanan daripada bapanya, Farooq Yusof. Farooq pula kini dipenjara lapan tahun selepas mengaku bersalah mencabul dua remaja perempuan berusia 15 tahun. Bagi Sufiah, karier barunya itu adalah jawapan kepada masalahnya.
“Ramai menganggap khidmat teman sosial pekerjaan keji tapi tidak bagi saya. Saya memiliki keinginan seks yang tinggi dan kini saya miliki apa yang saya inginkan. Hakikatnya, ramai lelaki melayan teman sosial lebih baik daripada teman wanita mereka.“Malah, ada antara pelanggan saya kagum dengan minat saya dalam matematik. Saya pernah melayan seorang lelaki sambil bercerita mengenai matematik ketika melakukan seks,” katanya. Yang penting baginya ialah dia kini boleh hidup mewah.“Saya kini tidak perlu memikirkan mengenai wang.
Saya benci dengan pandangan masyarakat yang menganggap khidmat teman sosial mengeksploit wanita kerana ia tidak benar,” katanya. Semuanya bermula empat bulan lalu, ketika dia bekerja sebagai pembantu pentadbiran dengan pendapatan RM101,976 setahun di Manchester dan memiliki hutang kad kredit dan sewa bilik tertunggak RM22,307. Sebaik ditawar pengurus sebuah agensi teman sosial dengan upah lumayan yang bakal diperoleh, Sufiah mula tergerak membuat kajiannya sendiri.
“Hidup saya hanya dipenuhi sistem pembelajaran yang begitu ketat dan saya kini ingin berhibur,” katanya.Sufiah tidak melihat keburukan pelacuran, tapi menganggap dirinya seperti Belle De Jour, pelacur kelas atasan yang dilakonkan Billie Piper dalam sebuah drama televisyen.“Saya sebelum itu sudah membaca buku Belle De Jour’s Diary of a London Call Girl dan kagum dengan pengalamannya. Apabila wanita yang berpakaian canggih meminta saya mempertimbangkan kerja sebagai teman sosial, saya berasa terpanggil untuk sekurang-kurangnya mengkajinya.
“Sebaik tiba di rumah, saya menyelidik pelbagai agensi di Internet dan menemui satu agensi yang kelihatan memiliki pendapatan profesional. Saya menghantar gambar dan mereka menempatkan gambar saya di laman web,” katanya.Dua hari selepas itu, Sufiah ditawar pelanggan pertamanya.
“Saya berasa bimbang dan teruja pada masa sama. Saya memakai pakaian terbaik saya dan bertemu pelanggan saya dalam bar di Hotel Hilton. Saya jangka dia seorang yang tua, sebaliknya pelanggan pertama saya seorang lelaki kacak berusia lewat 20-an. “Hakikatnya, saya pasti rela melayannya jika dia mendekati saya di sebarang tempat. Tapi, kali ini saya melakukannya dengan memperoleh bayaran. Saya pulang dengan RM1,593 di dalam beg tangan pada malam itu,” katanya. — Agensi
0 comments:
Post a Comment