Saturday, July 19, 2008

Rusia tawar Malaysia jet Su-35 Flanker




(Gambar hiasan Su-35 flanker-klik untuk zooming)

NEW DELHI: Syarikat pengeksport senjata milik kerajaan Rusia, Rosoboronexport berkata ia berminat untuk menjual model terbaru jet pejuang generasi kelima Sukhoi yang mempunyai pelbagai peranan, Su-35 Flanker, kepada Malaysia.

Agensi berita Rusia Novosti dalam laporannya berkata, dua negara Asia yang berpotensi iaitu India dan Malaysia berada dalam senarai Rosoboronexport.

"Algeria, Malaysia dan India adalah rangka kongsi kami dan jika mereka beminat, kami akan menawarkan mereka jet pejuang Su-35 sementara kami memenuhi tanggungjawab sedia ada kami," Alexander Mikheyev, ketua jabatan tentera udara di Rosoboronexport, dipetik sebagai berkata dalam satu temuramah eksklusif dengan RIA Novosti.

Jet pejuang Su-35, dengan kuasa dua enjn 117S, berupaya melakukan beberapa sasaran udara serentak dengan menggunakan kedua-dua peluru berpandu atau yang bukan berpandu serta sistem persenjataan.

Jet pejuang itu dilengkapi dengan radar Irbis-E terkini yang membolehkan juru terbang mengesan dan mengikuti sehingga 30 sasaran udara, sementara secara serentak terlibat dalam lapan sasaran, demikian menurut laporan Novosti.

Sebelum ini, Malaysia membeli 18 Su-30MKM daripada pengeluar Rusia, dengan enam daripada pesawat berkenaan sudah diserahkan tahun lalu dan bakinya akan dibekalkan dalam dua peringkat penghantaran akhir tahun ini.

Syarikat pengeluar senjata itu merancang mengeksport sekurang-kurangnya 160 pesawat berkenaan, yang diklasifikasikan sebagai generasi 4++ yang menggunakan teknologi generasi kelima kepada pelanggan asingnya menjelang 2011.

Ihsan - Bernama, B.Harian
Berita asal-Rusia berminat jual model terbaru jet pejuang SU-35 kepada Malaysia

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...