Friday, September 19, 2008

Susu ibu legakan bisa tedung




Sekadar gambar hiasan.
Pada 2 November 1982, berlalu sebuah kereta yang dipandu oleh Kenneth Hampson yang menyusuri jalan di Bulawayo, Zimbabwe. Ketika kereta tersebut melalui kawasan belukar, tiba-tiba ia mengalami kerosakan. Lelaki tersebut turun lalu membuka bonet keretanya untuk mencari punca kerosakan. Tetapi, sebaik penutup bonet terbuka, dia terkejut apabila seekor ular tedung selar muncul dicelah-celah enjin keretanya.

Ular tersebut tidak memagut Kenneth, sebaliknya menyemburkan bisanya ke muka lelaki itu. Kenneth bergegas menyelamatkan diri sambil menekup mukanya yang terasa pedih dan panas. Penglihatannya juga menjadi kabur.

Kenneth bernasib baik kerana tidak berapa lama kemudian sebuah lori melalui kawasan berkenaan dan pemandunya turun menghulurkan bantuan. Lelaki kulit hitam itu seterusnya menolak Kenneth ke arah isterinya yang ketika itu sedang menyusukan bayi. Kemudian, Kenneth diminta berbaring manakala wanita berkenaan menyemburkan susunya ke dalam kedua-dua mata lelaki itu.

Kenneth digegaskan ke Hospital Besar Bulawayo dan selepas diberikan rawatan, doctor memberitahu sesuatu yang amat mengejutkannya. Kata doktor, tindakan wanita berkenaan telah menyelamatkan Kenneth daripada menjadi buta. Menurut doktor tersebut, semburan bias dari ular tedung amat merbahaya. Ia boleh membunuh haiwan lain dan mampu membutakan mata manusia.

Bagaimanakah susu ibu boleh menawar bisa ular?

Jelas doktor, ini terjadi kerana susu ibu boleh meneutralkan neurotoxin, mencairkan racun dan melegakan kesakitan.

Ihsan-Mastika
Artikel asal - Susu ibu tewaskan bisa ular tedung

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...