Thursday, November 13, 2008

Ayam Hutan, Junglefowl - Siri 2

Koleksi ayam hutan di tempat aku

Antara koleksi ayam hutan pelosok dunia
(Klik gambar untuk besarkan imej)
Hari ini aku ingin menyambung cerita tentang ayam hutan yang terdapat di sekitar kawasan kediamanku. Bagi kawan-kawan yang belum dan ingin membaca siri ayam hutan terdahulu sila klik sini. Ayam hutan ini dalam Bahasa Inggeris disebut ‘Junglefowl’ manakala dalam Bahasa Jawa disebut ‘ayam Alas’.

Seperti yang kita ketahui terdapat 4 jenis ayam hutan iaitu ayam hutan merah (Gallus gallus), ayam hutan srilangka (Gallus lafayetii), ayam hutan kelabu (Gallus sonneratii) dan ayam hutan hijau (Gallus varius).

Aku agak yakin ayam hutan disekitar kediamanku adalah spesies ayam hutan merah atau red junglefowl. Ini berdasarkan fizikal terutamanya warna bulu ayam hutan jantannya. Mungkin aku salah tetapi pembaca boleh melihat sendiri berdasarkan gambar yang disediakan. Yang betinanya setakat ini sukar dibezakan diantara spesies kerana bulunya hampir sama iaitu monoton.

Aku tak nak komen sama seperti artikel sebelum ini. Apa yang menariknya yang ingin aku berkongsi ialah ayam hutan liar di atas bukit berhampiran rumahku sering turun melawat selain aksi kokoknya saban hari demi menyahut kokokan ayam peliharaan aku. Bukan sekali dua malah berkali-kali ayam hutan ini melawat sekitar reban aku. Kadang-kadang ibu ayam hutan membawa anak-anaknya sekali. Paling kerap apabila pemotong rumput membersihkan kawasan semak samun di kaki bukit. Selepas rumput dipotong, ayam ini berpeluang mencari makanan yang terhidang di atas tanah sekitarnya.

Tentu kawan-kawan terdetik berapa banyak ayam hutan liar yang telah aku tangkap berdasarkan cerita tadi. Tiada seekorpun dapat ditangkap kerana sifat ayam hutan yang pemalu. Pantang nampak bayang manusia, unggas ini akan menjauhi sejauh mungkin dari kelibat manusia. Syukurlah andai nasib kita bertuah dapatlah bertembung unggas ini.

Kokokan ayam hutan berbeza dengan ayam kampung, ayam serama, ayam sabung atau spesies yang lain. Bunyinya lebih nyaring tetapi singkat. Jika ayam hutan yang lebih tua maka bunyinya lebih nyaring dan sedap didengar. Ibarat kelapa, makin tua makin banyak santannya. Kokok ayam ini bukan suka-suka. Unggas ini berbunyi bagi menandakan kawasannya. Biasanya ayam hutan yang lebih tua dan dominan akan berani memasuki kawasan ayam hutan lain. Malah sedia bertempur sesama mereka demi mendapatkan kawasan yang banyak sumber makanan, habitat tempat tinggal atau merebut ayam hutan betina.

Senjata utama ayam hutan jantan tentulah taji (susuh). Makin tua unggas ini makin panjang tajinya. Malah ada yang menjangkau 3 inci lebih. Memang gerun, andai ayam hutan ini sedang bertarung atau sedang menggelupur, jangan dekati bimbang taji ayam ini boleh mencederakan kita. Bukan niat menakut-nakutkan tetapi tragedi ini pernah berlaku.

Percaya atau tidak ayam hutan ini atau mungkin ayam bekisar (campuran ayam hutan dan ayam kampung/ serama) boleh dijinakkan. Tak pasti apa ilmu yang digunakan tetapi yang pasti ialah ilmu kesabaran, tekun dan niat ikhlas tidak menyakiti unggas ini. Aku sendiri tak pasti ketulenan ayam hutan ini atau cuma ayam bekisar. Memang jinak kerana ayam-ayam ini berani mendekati manusia malah sedia meragut cebisan roti dari tangan kita. Kira jinak-jinak merpati, nak pegang atau usap bulunya mimpilah. Kalau setakat beri makan padi, jagung dan pucuk daun pisang depan kaki tak jadi masalah, unggas ini berani mendekati.

Ini bukan cakap kosong, jom tonton video klip 1 dan klip 2 di bawah. Tonton sendiri rakaman ini. Ini video amatur, so jangan harap sangat kualiti gambarnya. Gambar jelas cuma bergetar sebab sebelah tangan pegang gajet yang sebelah lagi sibuk hulurkan makanan kepada unggas ini. Video ini juga telah bertukar format kepada flash sebab dimainkan di web youtube demi berkongsi pengalaman dan informasi. Aku tak dapat letakkan video tersebut di sini sebab dah tersedia di youtube, cuma klik saja untuk tonton.

Lagi cerita red junglefowl, ayam hutan
Ayam hutan-junglefowl
Red junglefowl, menariknya ayam hutan
Klip video 1
Klip video 2

5 comments:

dardie said...

hello..saya nak tanya samada awak ade ayam hutan nak jual tak???tolong sms saya sebab saya tak tau mcmane nak hubungi awak..saya jerry 019-3388728..tolong yea..

Hissham Z said...

sy bela suka2, ada 1 setengah dozen. ayam hybrid atau high cross.
boleh contact 0126644262

gachua said...

Bro Hisham,

Kalo nak pastikan anak red jungle fowl ni betina atau jantan macammana ya???. Gua ada 6 ekor anak ayam hutan (umur baru 4 hari) tapi semua nampak sama aje.???? since bro hisham dah ada experience dalam bidang ni, harap bro boleh tunjuk ajar sikit..hehe

gachua said...
This comment has been removed by the author.
Hissham Z said...

aku takmau hipokrit, mmg aku tak tau beza jantina anak ayam hutan yg baru menetas. mintak maaf, bukan takmau tolong tapi taktau. tapi bila anak ayam ni besar skit dah tau bezanya. tengok balung dan warna bulu dia.
apa kata tanya sifu ayam hutan di http://gengmikatklang.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...