Tuesday, July 8, 2008

55 syarikat Yahudi beroperasi di Iraq



Firma Israel guna nama samaran

BAGHDAD: Sebanyak 55 syarikat Israel kini menjalankan pelbagai projek di Iraq menggunakan nama samaran termasuk dalam bidang infrastruktur dan pemasaran. Agensi Berita Yaqen melaporkan, agensi perisikan Mossad menubuhkan Bank Pinjaman Kurdis dengan ibu pejabatnya terletak di wilayah Sulaimaniyah di utara Iraq.

Laporan menunjukkan bank berkenaan turut menjalankan misi rahsia membeli tanah pertanian, loji minyak dan kawasan kediaman di bandar raya seperti al-Mawsil dan Kirkuk, yang kaya minyak di utara di negara itu. Pembelian tanah secara besar-besaran itu dibantu oleh pemisah Kurdis, Peshmergah, yang disokong Amerika Syarikat, untuk menghalau penduduk berketurunan Arab di utara Iraq supaya bandar raya kaya minyak itu boleh dimiliki puak Kurdis. Sementara itu, rejim Zionis mengeksport lebih AS$300 juta (RM960 juta) dalam bentuk barangan ke Iraq setahun.

Sebagai tambahan, syarikat Yahudi itu turut memperoleh kontrak menjalankan projek pembinaan di Iraq, dengan bantuan USAID, agensi Amerika yang mengawasi pemberian kontrak pembinaan di negara Teluk itu.

Sementara itu AFP melaporkan, Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Maliki berkata semalam beliau sedang merundingkan perjanjian jangka pendek dengan Washington bagi menyediakan kerangka perundangan agar tentera Amerika Syarikat boleh terus menduduki negara Arab itu.

Satu kenyataan yang dikeluarkan pejabat perdana menteri berkata Maliki memberitahu sekumpulan duta negara Arab di Abu Dhabi bahawa perjanjian jangka pendek itu mengandungi formula bagi membenarkan tentera AS terus berada di Iraq selepas 2008.

Ihsan- AFP/Agensi

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...