Sunday, June 22, 2008

Cicak aneh bintik oren

(Klik gambar untuk zooming)

TETAMU UNIK. Seekor cicak yang berbintik oren ditemui di Kampung Permatang Tok Gelam, Tasek Gelugor di sini semalam dan kini menarik perhatian orang ramai.

Cicak itu dilihat oleh Mohd. Samsuri Alias, 13, ketika bermain di dalam rumah. Bapa kanak-kanak itu, Alias Wan Chee, 45, berkata, biasanya cicak yang kerap ditemui dalam rumah tidak ada bintik-bintik dan spesies ini tidak pernah ditemui.

“Ramai jiran datang ke rumah selepas anak saya lihat cicak itu dan mereka berjaya menangkapnya, kira-kira pukul 8 malam,” katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad.
Ihsan : Kosmo 220608

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...