KERALA: India bakal merasmikan pusat persaraan pertama untuk gajah tua bulan depan di sebuah hutan di Kottur bagi membolehkan haiwan itu menghabiskan sisa umurnya dengan penuh bermaruah.
Dibiaya oleh kerajaan negeri, pusat itu akan membeli gajah tua dari pemilik yang sudah tidak mampu memelihara ia dengan sempurna.
“Kami mahu ia menikmati usia tua dengan bersenang lenang selepas sekian lama menjadi pekerja yang baik tanpa bimbang dari mana datangnya makanan. Haiwan itu akan mendapati layanan istimewa sebagai kepingan besar nasi, tebu dan madu. Doktor haiwan juga disediakan,” kata warden hidupan liar Kerala, V S Verghese, yang bertanggungjawab ke atas skim itu.
Pusat itu merangkumi 400 hektar hutan yang membolehkan gajah merayau dengan bebas, selain mempunyai penjaga peribadi. Di situ, haiwan berkenaan akan diberi makan, dimandikan dan diurut oleh pemandu gajah.
- Agensi

0 comments:
Post a Comment