MIAMI, March 21 (Reuters) - Seekor ikan pari meluncur masuk ke dalam sebuah bot di luar pantai Florida Key dan melanggar seorang wanita di atas dek yang menyebabkannya menemui maut kata para penyiasat hidupan liar.
Steve Irwin yang dikenali sebagai aktivis hidupan liar melalui siri televisyen Crocodile Hunter telah menemui ajal apabila terkena sengat ekor ikan pari dari spesies yang berlainan semasa pengambaran filem di kawasan batu karang terkemuka Australia, Great Barrier Reef pada tahun 2006.– Reuters
‘‘Ini merupakan satu kemalangan yang paling pelik,’’ kata Jorge Pino, seorang pegawai Suruhanjaya Pemuliharaan Ikan dan Hidupan Liar Florida.
Mangsa tersebut, Judy Kay Zagorski, 57, dari Pigeon, Michigan dan keluarganya berada di atas sebuah bot di laut Atlantik, luar bandar Marathon di kawasan Florida Keys, kata beliau.
‘‘Seekor ikan pari meluncur keluar dari dalam air dan melanggar wanita berkenaan,’’ kata Pino.
‘‘Pelanggaran itu menyebabkan wanita berkenaan jatuh terlentang dan kepalanya terantuk pada bahagian bot, kata beliau. Para penyiasat, pada mulanya berkata, wanita itu terkena sengat pada ekor pari yang boleh membawa maut, bagaimanapun tiada tanda yang menunjukkan ia berlaku. Autopsi ke atas mayat wanita itu telah ditangguhkan.
“Kami percaya beliau mati kerana impak pelanggaran dengan ikan pari yang dikenali sebagai pari helang berbintik (gambar), kata seorang jurucakap suruhanjaya hidupan liar.

Ikan pari itu beratnya kira-kira 36 kilogram dan lebar sirip antara 1.5 hingga 1.8 meter, kata Ferraro. Bot berkenaan pula bergerak kira-kira 40 kilometer sejam ketika kedua-duanya berlanggar yang menyaksikan kedua-dua mereka maut.
Ikan pari biasanya berenang dekat permukaan air dan meluncur keluar ke permukaan terutamanya apabila mengejar mangsanya tetapi kebiasaannya menjauhi manusia.
“Semua ikan pari meluncur keluar daripada permukaan air daripada masa ke semasa tetapi amat luar biasa sekali untuk menyaksikan mereka berlanggar (dengan bot),’’ kata Pino.
Pada 2006, seekor ikan pari yang sama meluncur memasuki sebuah bot di luar pantai Fort Lauderdale, di perairan Florida dan sengat ekornya terkena pada bahagian tubuh seorang lelaki berusia 81 tahun tetapi dia terselamat.
Steve Irwin yang dikenali sebagai aktivis hidupan liar melalui siri televisyen Crocodile Hunter telah menemui ajal apabila terkena sengat ekor ikan pari dari spesies yang berlainan semasa pengambaran filem di kawasan batu karang terkemuka Australia, Great Barrier Reef pada tahun 2006.– Reuters
0 comments:
Post a Comment