Wah pokok kelapa depan mata. Apa maksudnya tu?
Setiap kita tentu ada impian masing-masing. Ya, peringkat umur mungkin mempengaruhi impian masing-masing. Bagi aku yang +30s ni, memiliki sebuah rumah yang dikelilingi pelbagai pokok buah-buahan yang tersusun bak taman menjadi impian terpendam. Dan salah satu pokok yang ingin aku tanam ialah pokok kelapa. Semuanya kerana meminati air kelapa muda.
Tinggal di bandaraya kadang-kadang terbantut juga niat nak menikmati air kelapa muda dek harganya RM4 (restoran barjana). Kalu rajin merayau mencari gerai tepi jalan mungkin kita beroleh harga yang lebih murah iaitu RM3. Kalu selalu pekena air kelapa muda ni parah juga tambah-tambah jika sebiji-dua belum cukup untuk menjamu ahli keluarga. Walaupun bilangan ahli keluarga aku masih kecil tapi semuanya meminati air kelapa muda.
Apakah ciri-ciri pokok kelapa yang ingin aku tanam jika ada rezeki? Ya, kita jangan main taram je campak kelapa tua untuk tujuan penanaman. Mesti pilih baka yang terbaik. Bagi aku maksud baka terbaik adalah air kelapa muda tersebut manis dan pokoknya bukan jenis tinggi menggalah. Kalu dapat ditanam 5 batang pokok pelbagai baka rasanya dah cukup. Bila sebuah buah kelapa muda, kita selalunya terbayang buah kelapa berkulit hijau. Sebenarnya terdapat juga baka buah Kelapa yang kulitnya berwarna kuning dan jingga.
Bilakah waktu terbaik meminum air kelapa muda yang menjadi amalan aku? Selalunya dipengaruhi faktor kepentingan kesihatan diri.
Aku selalu meminum air kelapa muda...

- Apabila selesai menyembur racun di sekitar kawasan rumah.
- Apabila makan durian, air kelapa muda ada pasangannya sebagai penyejuk badan
- Apabila badan tidak selesa akibat sembelit
- Apabila batuk berterusan (cubalah kelapa muda yang dibakar dan dibiarkan berumbun semalaman)
- Apabila demam dan pening
0 comments:
Post a Comment