Thursday, May 19, 2011

Produk Tasly: Saya mencuba dan temui kesan positif


Aku mencuba produk kesihatan TASLY seperti gambar di atas tu dalam tempoh sebulan terakhir ni. Alhamdulillah ada kesan positif untuk kesihatan diri aku. Kebetulan ada pemeriksaan kesihatan percuma ditempat aku bertugas. Dimaklumkan peralatan yang digunakan ketika pemeriksaan adalah yang terkini dengan teknologi optik. Lebih kurang begitulah, aku ni bukan pandai sangat bidang perubatan. Hasil pemeriksaan aku disyorkan 2 jenis ubat iaitu Kasly Dong Chong Cao dan Kasly Danshen plus Capsule. Tapi aku tambah lagi satu ubat iaitu Monascus.

Sebelum tu aku cerita sikit simptom-simptom yang aku alami sebelum mengambil ubat-ubat ini.
Kerap sakit di bahagian belakang kepala terutama selepas berjemur panas. purata 2-3 kali sebulan.
Kaki mudah kebas bila bersila terutama ketika mendengar khutbah Jumaat di masjid.
Lenguh dan tidak selesa bahagian bahu dan lengan mungkin kesan bermain badminton 2 kali seminggu.
Perut selalu kembung dan banyak angin terutama selepas makan beberapa jenis buah-buahan dan sayur-sayuran.
Sakit pinggang bila exercise lebih.

Niat dah lama nak buat pemeriksaan kesihatan, cuma suka bertangguh dan mendahulukan perkara-perkara lain. Bila berbual dan ceritakan penangguhan tu, kena sedas tembakan ejen ubat ini. Ayatnya "awak seperti yang ramai kat luar sana selalu bertangguh walaupun untuk kebajikan diri sendiri. Boleh melancong, tukar kereta, tengok wayang, beli insurans, merokok dsbnya.. tapi untuk merawat dan pencegahan penyakit tak pernah endah. Macam tu la jugak pesakit2 yang di hospital dan IJN, bila dah sakit baru sedar selama ini mengabaikan kesihatan diri. Kira ok la andai dapat dirawat dan pulih tapi jika ko dan terlewat, alangkah ruginya". Bila fikir kembali, ada betulnya kata mamat tu. Aku pun cuba la 3 jenis ubat tu.

Selepas 3 minggu mengambil ubat-ubat tu mmg menabjubkan, semua simptom-simptom tadi pulih dan badan jadi ringan, fuih, rasa macam muda belia. Berbaloi mencuba, aku sekarang dah byk minum air masak, ye la ubat ni panas.. maka kerap dari biasa la dok ulang pi tandas buang air kecil. Pengalaman aku ni bukan untuk mempengaruhi org lain mencuba atau memaksa. Cuma pengalaman baik ini ingin dikongsi dengan mereka yang mungkin berduka dan terpikir2 tonik merawat masalah yang sama seperti aku.
 
Faedah ubat-ubat ini sebenarnya lebih dari tu, korang tengok la sendiri kat bawah ni penerangan faedah kesihatan ubat-ubat yang aku maksudkan. Lagi satu sejak kecil lagi aku percaya orang cina memang kaya ilmu perubatan. Ayat "Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China" tu bukan saja promosi publisiti semata2, ada kebenarannya. Time kecik2 dulu asal sakit mak ayah aku bawa pi beli ubat kat kedai cina. Kagum tengok bahan perubatan tradisional orang cina. Bukanlah maksud merendah-rendahkan perubatan dunia moden dan perubatan tradisional Melayu. Kepelbagaian membawa faedah kepada manusia.

Sekian pengalaman saya.

A. Monascus
Ciri-ciri produk
  • Yis Merah atau dikenali sebagai "Hong Qu", merupakan Ubatan Tradisional Cina yang diperbuat daripada beras. Bahan tersebut telah lama digunakan di China sebagai makanan tambahan untuk merawat penyakit selama lebih 1000 tahun dahulu. Ciri-ciri istimewa produk ini termasuklah teknik pembuatan yang unik, prosedur pembuatan yang menepati piawaian, kawalan kualiti yang dijaga dan bahan aktif yang terbaik. Tasly Monascus adalah dipercayai dan selamat digunakan serta harganya yang berpatutan.

Jom cuba
  1. Seseorang yang mempunyai paras lipid atau kelikatan darah yang tinggi.
  2. Seseorang yang berisiko tinggi menghidap arteriosklerosis.
  3. Seseorang yang ingin mencegah daripada arteriosklerosis.
  4. Seseorang yang menghidap penyakit yang berkaitan dengan arteriosklerosis seperti strok dan Penyakit Jantung koronari (CHD).

Fungsi utama ubat ini
  1. Merendahkan lipid darah dengan cepat dan berkesan.
  2. Membantu melawan pembentukan plak.
  3. Mencegah daripada hiperlipidemia (kehadiran paras lipid yang tinggi di dalam darah).
  4. Berkesan mencegah dan melegakan penyakit jantung koronari, arteriosklerosis dan strok.
B. Kasly Dong Chong Cao
Kelebihan produk
Melaraskan keseimbangan Yin dan Yang- Teori Perubatan Tradisional Cina mengenai pengawalaturan keseluruhan badan.
  • Dalam Perubatan Tradisional Cina, tubuh manusia dianggap sebagai suatu entiti biologi keseluruhan, dimana Yin dan Yang merupakan faktor utama pelarasan fungsi-fungsi metabolisma dan fisiologi badan. Yin dan Yang saling meningkatkan dan saling mengawalatur demi mengekalkan keseimbangan dinamik relatif sendiri, ini merupakan syarat asas untuk semua aktiviti normal dalam kehidupan. Apabila Yin dan Yang seimbang maka badan akan berada dalam keadaan sihat.

Pengawalaturan dwi-arah
  • Kebanyakan herba perubatan cina bersifat lembut dan bertindak keatas sasaran berganda, ia berupaya menjalankan pelarasan dwi-arah dalam banyak aspek. "Pelarasan" ini adalah suatu ciri khas perubatan tradisional cina, ia juga suatu kelebihan.
  • Cordyceps merupakan satu daripada herba pengawalaturan dwi-arah tersebut, dimana ia menyalurkan khasiatkepada Yin dan menguatkan Yang; ia berkesan ketas tekanan darah tinggi dan tekanan darah rendah; ia menolong merawat diabetes dengan merendahkan gula dalam darah pada masa yang sama membaiki keadaan hipoglisemia untuk mengembalikan tenaga kepada badan; ia boleh meningkatkan fungsi sistem imun dan juga boleh mengurangkan fungsi imunosit tertentu.
Jom cuba
  1. Kepada mereka yang mempunyai keimunan yang rendah, mudah sakit demam dan mereka yang cepat letih.
  2. Sesuai untuk golongan pertengahan usia dan warga tua, mereka yang mempunyai tekanan kerja yang berat, membuat kerja fizikal yang berat dan berbadan lemah.
  3. Mereka yang menghidap penyakit ketidakfungsian pulmonari seperti asma, bronkitis kronik, emfisema dan rhinitis kronik.
  4. Mereka yang kekurangan fungsi renal yang mendadak atau kronik, atau kegagalan fungsi renal, sakit belakang, proteinuria, dsb.
  5. Pesakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah rendah.
  6. Mereka yang bermasalah dengan ketidakfungsian seksual, kemandulan, mati pucuk dan keluaran mani nokturnal.
Fungsi utama ubat ini
  1. Memperbaiki fungsi sistem pernafasan.
  2. Meningkatkan fungsi ginjal.
  3. Meningkatkan fungsi seksual.
  4. Pengawalatur fungsi keimunan dan meningkatkan kebolehan melawan penyakit.
  5. Pelarasan kepada tekanan darah.
C. Kasly Danshen plus Capsule
Ciri-ciri produk
  • Merupakan Ubatan Tradisional Cina yang moden-mempunyai fungsi mempertahankan lapisan dalaman saluran darah. Pengambilan untuk jangka panjang boleh mencegah dan mengurangkan risiko penyakit jantung koronari dan serangan kardiovaskular. Menurut kajian pakar perubatan klinikal, 40.2% pesakit merasai kesan analgesik yang ketara selepas mengambil kapsul Danshen Plus dan48% pesakit merasai kelegaan sakit jantung selepas meletakkan ubat ini di bawah lidah selasa 3 minit hingga 8 minit, ia menjadikan jumlah keberkesanan mencapai 88%.
Fungsi utama ubat ini
  1. Memperbaiki keadaaan penyakit jantung koronari (CHD).
  2. Melindungi daripada strok.
  3. Membersihkan saluran darah dan melindungi jantung kedua-mikroperedaran.
  4. Merendahkan paras lipid darah (kolestrol) dan mengurangkan plak daripada arterosklerosis.
  5. Memperbaiki keadaan penyakit mata dan malfungsi ginjal yang berkaitan dengan penyakit kencing manis (diabetes).
  6. Melindungi sel hati.

8 comments:

Anonymous said...

Nak tanya sikit...saudara/i masih lagi gunakan produk nie smpai sekarang ke?..bagaimana dgn result selepas beberapa lama guna produk nie?..tq

Hissham Z said...

sy dah cuba dan temui kesan positif.
sy juga berulang menggunakan produk tasly tapi tidak terus-menerus(bersambungan). produk ini baik cuma harganya mahal. maka kena budget juga.

saya buat artikel ke2 mengenai result selepas cuba porduk tasly

sila ke link http://fajarizz.blogspot.com/2011/07/produk-tasly-dan-kesan-positif-siri-2.html

Anonymous said...

sy ada guna tasly ni... memang bagus... tp harga nyer mahal lh sikit... tp memang puas hati..

Anonymous said...

saya guna produk ni tpi byk kesan yang buruk jadi selepas lama xambil...saya dah frust ni buat camne... jmpa doktor tpi mcm xnk layan sbab makn ubt ni...kene jumpa kemntrian kesihatan agaknye nk claim pasl ubt dnshen ni...mengeluh aku dgn ubt ni

Hissham Z said...

tertarik jugak sy nak tau ttg danshen ni... boleh pm ke shammos@yahoo.com

Unknown said...

Assalam. Boleh bgtau apa kesan tak baiknya selepas lama tk guna? Tk

Unknown said...

En boleh hubungi saya utk maklumat lanjut 0189198219.

Unknown said...

En boleh hubungi saya utk maklumat lanjut 0189198219.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...