Friday, October 28, 2011

Jejak barang yang dipos


Klik sini untuk mencapai link diatas

Kali ini aku ingin kongsikan pengalaman ketika hati gundah gulana. Ini gara-gara menunggu bungkusan yang dipos belum sampai. Kisahnya bermula apabila apabila aku menang dalam bid di lelong dot com dot my. Lelong secara maya tersebut adalah satu cara perdagangan terbaik bagi mereka yang jarang merayau ke gedung membeli belah atau mana-mana jualan gudang.

Setelah penjual mengesah bahawa barangan jualan telah diposkan ke alamat aku, selepas 12 jam aku pun membuka perkhidmatan jejak dan kesan oleh Pos Malaysia Online. Aku pun memilih perkhidmatan pos laju berdasarkan maklumat dari penjual. then aku copy & paste item no barangan yang diposkan. hati lega skit sebab barang yang dipos dalam perjalanan.
Untuk maklumat, Pos Malaysia Online menawarkan perkhidmatan jejak dan kesan bagi
  • e-Parcel
  • Pos Ekspres
  • PosDaftar
  • SODA
  • Pospriority Express 
  • PosLaju
  • Poslaju International Premium

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...