Wednesday, September 4, 2013

Mengenal pokok daun ketum

Pernah mendengar "DAUN KETUM"?
Pernah melihat pokoknya?
Mari kita kenali pokok ini atas kesedaran dan hak kita.
Tidak salah mengenali dan mencari maklumat tentang pokok daun ketum. Mungkin dengan pengetahuan ini boleh mengelakkan dan menyedarkan diri kita, ahli keluarga, jiran dan masyarakat di sekeliling kita.
Pengetahuan tentang pokok ini biarlah membawa positif untuk diri kita.
Tidak mengalahgunakan pengetahuan yang boleh membawa mudarat pada diri.
Di luar sana, penyalahgunaan air daun ketum sangat berleluasa. Tujuannya adalah menimbulkan rasa 'stim' atau berkhayal dalam dunia sendiri. Penagih air daun ketum biasanya melibatkan campuran sama ada ubat batuk+air daun ketum atau ubat nyamuk(lingkaran)+air daun ketum. 
Tindakan dan amalan mereka ini merbahaya untuk kesihatan dan seperti meletakkan racun ke dalam tubuh. Perbuatan ini hampir sama dengan penyalahgunaan dadah. Penyalahgunaan dadah dan daun ketum merosakkan diri sendiri.
Dulu-dulu orang kampung meminum air daun ketum adalah untuk memulihkan tubuh dari lenguh-lenguh setelah membanting tulang untuk kerja fizikal mereka. Sehingga kini air daun ketum sangat mujarab bagi menghilangkan lenguh-lenguh dan sakit sendi. badan menjadi segar dan meningkatkan kualiti kehidupan termasuklah tenaga batin.
 
Update terkini
Pokok ini semakin membesar setelah 10 bulan ditanam. Mungkin pembesaran pokok ini agak perlahan disebabkan faktor lokasi. Pokok ini sangat sesuai ditanam di kawasan lembab dan berair. Dah berjasa pokok ini, jiran memuji khasiatnya. Ok la tu.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...