Showing posts with label singa. Show all posts
Showing posts with label singa. Show all posts
Sunday, January 9, 2011
Lelaki tunggang singa jantan
Anda berani menghampiri singa tanpa halangan tembok?
Anda ingin cuba membelai singa jantan dewasa?
Anda mahu menunggang belakang singa?
Tentu ada yang mengatakan perbuatan ini gila dan sengaja menempah maut. Namun selepas melihat gambar tentu kita terpegun bagaimana ’Duta Singa’ melakukan aksi-aksi merbahaya ini.
Duta Singa yang dimaksudkan ialah Kevin Richardson yang menguruskan Taman Singa Johannesburg, Afrika Selatan. Bertugas sebagai penjinak singa membolehkannya memiliki hubungan unik dengan spesies pemangsa paling ditakuti di benua Afrika.
Tidak hairanlah beliau berani menunggang, membelai, mandi dan tidur bersama singa-singa yang terdapat di taman tersebut. Malah beliau juga turut memelihara beberapa ekor cheetah, harimau bintang serta dubuk.
Hubungan unik lelaki ini dengan haiwan-haiwan peliharaannya ibarat sebuah keluarga. Dia menjadi kawan rapat haiwan-haiwan itu dengan bercakap dan melayan dengan penuh kasih sayang. Untuk melihat gambar dan video tersebut, klik Kevin Richardson.
Posted by Hissham Z at 1:05 AM 0 comments
Saturday, November 7, 2009
Lembu besar boleh takutkan singa
Teruja aku menatap berita tentang seekor lembu jantan yang beratnya lebih 1,587 kilogram (kg) yang berusia 8 tahun yang setakat ini dipercayai paling berat di Britain.
Berat yang tertera itu bukanlah timbangan terbaru tetapi adalah berat lembu tersebut yang ditimbang pada tahun lepas. Setakat ini belum diketahui berat sebenar haiwan tersebut kerana belum ditimbang.
Haiwan tersebut akan ditimbang setelah selesai pertandingan amal di North Petherton, Somerset pada 7 Disember ini. Pemilik lembu tersebut, Arthur Duckett, 79, memaklumkan lembu tersebut masih membesar. Apa yang menariknya, haiwan tersebut dikatakan baik walaupun mukanya nampak bengis.
Berat lembu ini jika dibandingkan dengan haiwan darat paling berat iaitu gajah jantan Afrika yang purata beratnya 5,455 kg dan boleh mecapai berat sehingga 6,800 kg adalah pada nisbah antara 1:3 hingga 1:4. Masih jauh untuk menyaingi berat haiwan darat paling berat dan besar ini. Untuk pengetahuan semua, gajah jantan Afrika memiliki purata ketinggian 12 kaki manakala lembu tersebut dianggarkan lingkungan 7 kaki tinggi.
Kita jangkakan kudrat atau kekuatan lembu ini juga adalah lebih berbanding lembu-lembu lain termasuklah di Malaysia. Sukar dan seakan mustahil andai seekor singa jantan Afrika yang berat puratanya 250 kg untuk menumbang dan melahapkan daging lembu ini kecuali serangan berkumpulan singa-singa ini.
Menarik jika baka lembu ini dapat dibiakkan di Malaysia . Antara bahagian menarik tentulah bentuk dan saiz tanduknya. Aku sendiri teruja nak beli dan ternak lembu saiz ini. Kalau dibuat aqiqah atau qurban tentu dapat menjemput 1 qariah masjid di kampung halamanku.
Posted by Hissham Z at 12:44 AM 2 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)






