Showing posts with label projek. Show all posts
Showing posts with label projek. Show all posts

Thursday, November 1, 2012

Kapak menghentam konkrit

Apabila kapak menghentam tiang konkrit, manakah yang binasa ?

Hujung minggu lepas aku membeli sebilah kapak bg tujuan memangkas dahan pokok mangga depan rumah. Kebetulan dapat notis dari pihak berwajib bahawa tidak dibenarkan menanam pokok melebihi ketinggian 6 kaki. Baik tuan, lagi pun tanah tu milik tuan (TNB). Saya cuma usaha dan bersihkan kawasan sekitar kawasan depan rumah saya.
Kira win-win situation la. Saya bersihkan kawasan sekitar dan tanam pokok buah-buahan dan hiasan. Pihak TNB tidak perlu mesin rumput lagi sekitar situ. InsyaAllah, ular tiada dan binatang berbisa pun tak nak tinggal kat situ :).

Kembali ke cerita kapak tadi, bukan lah kali pertama saya membeli kapak. ini adalah kapak ke-3 saya beli. Yang pertama, saya beli kapak untuk kegunaan di kampung. Tajam dan sedap dipegang. Kapak ke-2 saya beli untuk kegunaan di rumah sendiri. Mungkin kurang kualiti sebab harganya murah. Kapak tu tiada masalah untuk kerja-kerja memangkas dahan dan batang pokok sederhana besar. Cuma sampai satu masa tu saya gunakan untuk mengetuk konkrit bagi tiang pokok dragon fruit (buah naga), kapak tersebut relai (pecah) pada bahagian kepala kapak. Maka tak boleh guna lagi.
Minggu lepas beli sebilah lagi seperti dalam gambar. Dari beberapa jenis kapak yang ditunjukkan tauke kedai hardware, akhirnya saya pilih kapak tersebut berdasarkan bentuk pemegangnya yang selesa buatan fiber, jenis mata kapak dan berat yang selesa dipegang. Harga lebih sikit berbanding yang lain. Cuma kapak yang baru dibeli ni lain sikit dari sebelumnya iaitu matanya belum diasah lagi. Takpa lah, hal kecik saja sebab saya biasa mengasah pisau dan parang menggunakan batu pengasah.

Sampai ke rumah, keluarkan kapak dan cuba asah. Alamak! 20 minit asah belum ada tanda-tanda mata kapak tu akan tajam. Berpeluh satu badan dan menyusut saiz batu pengasah tapi mata kapak macam takda kesan pun.
Akhirnya teringat Mini Grinder GWS 6-100. Hah apa lagi, hidupkan suis maka berputar la mata pemotong. Dengan penuh hati berbekalkan safety glasses sebagai pelindung mata, maka saya mula mencanai mata kapak tersebut. Nah, 3 minit dah cukup untuk tajamkan mata kapak tersebut. Siap asah mata kapak, hari pun dah gelap. Mana taknya mula kerja pun dah lewat petang. Nampaknya kena pendamkan niat sampai cuti hujung minggu depan pulak. Harap-harap niat nak memangkas dahan mangga depan rumah tu tidak hanya tinggal niat. Minggu depan mesti lapangkan sedikit masa untuk selesaikannya. Dah mula separuh jalan dah. 

KAPAK SUDAH KU BELI, POKOK MANGGA DAH LAMA MENANTI, HANYA TUNGGU EMPUNYA DIRI SAJA MENGERAH TULANG EMPAT KERAT

Update terbaru
pokok bangga yang dimaksudkan akhirnya tumbang dek kapak baru aku. Menumbangkan pokok cukup mudah tapi nak katam batangnya (potong pendek-pendek) supaya dapat dipindahkan ke tempat pemusnahan (zon bakar... hehe) paling malas. Banyak tenaga dan masa diperlukan, apatah lagi pokok ini dihuni kerengga, pantang sentuh pokok, pasti kerengga ni serbu. Nak tak nak kena selesaikan apa yang dimulakan.

Masih tak puas hati lagi...
Bila dah melapang kawasan tu selepas menebang pokok mangga, mula terpikir pokok apa yang patut ditanam atau mungkin ada projek lain. Fikir punya fikir aku niatkan nak buat tempat letak kereta, mungkin sebab banyak sangat kereta kawasan kejiranan aku... adakalanya susah nak cari parking.

Maka bermula langkah seterusnya. Malas dah nak tebang pokok lain, sebenarnya masih ada 3 lagi pokok lain perlu ditebang iaitu pokok limau bali 2 pokok dan pokok ulam kadok serumpun. cara mudah call tauke jengkaut untuk mengerjakan kawasan sekitar. kudrat tulang 4 kerat dah tak kuasa. Jengkaut tu ditempah untuk membersihkan kawasan, meratakan tanah dan mencabut pokok yang tidak diingini lagi. Selesai sehari suntuk jentera tu lapangkan kawasan dengan kos RM400.

mulanya cadang nak buat titi simen pada longkang dan 2 tapak parking kereta bersimen. dah fikirkan bahan dan peralatan pembinaan yang perlu dibeli. tiba-tiba rezeki muncul, jiran saya yang merupakan kontraktor pembinaan jalan raya telah menawarkan batu tar recycle (telah digunakan) secara percuma. Mana boleh tolak tawaran tersebut.

Sunday, September 23, 2012

Membaiki pembesar suara

Baiki transistorized megaphone

Model - CAROL AHM-663S MEGAPHONE W/SIREN (HS-AHM663S)
25W Powerful Megaphone Effective over 600 Meters, Attached with Hand Grip
Cuti hujung minggu ini aku cuba membaiki pembesar suara model CAROL AHM-663S. First time cuba baiki pembesar suara sebab belum pernah lagi major repair sehingga papan litar elektronik. Biasanya setakat goyang2 cap atau betulkan kabel pembesar suara saja.

Pembesar suara ini sebenarnya bukan milik sendiri tapi organisasi tempat kerja aku. Ada permintaan agar ianya dibaiki. Sebelum mula membaiki, aku label kedua-dua pembesar suara yang ingin dibaiki dengan label ok1 dan ok2. Ia bertujuan sebagai pengenalan kerana ada 2 unit pembesar suara yang perlu dibaiki serentak.

Langkah 1: Beli bateri baru saiz C sebanyak 8 biji
Perhatikan jumlah bateri (sel kering) yang digunakan. Maka aku perlu beli 8 biji untuk tukarkan bateri sedia ada yg nampak uzur fizikalnya. Bateri berharga RM3.90 untuk 2 biji. Maka kena labur RM15.60 untuk dapatkan 8 biji bateri.

Langkah 2: Pasangkan bateri baru dan betulkan cap diikuti ujian suara untuk kedua-dua pembesar suara tadi. Kabel suara dari mike ke pembesar suara boleh dicabut, dipasang dan diketatkan semula. Lakukan ujian suara sekali lagi. Nampaknya kedua-duanya pembesar suara tersebut gagal berfungsi.

Langkah 3: Cari maklumat model pembesar suara
Mencari maklumat di internet berkenaan model dan reka bentuk papan litarnya. Download la gambar tu. Sebenarnya tak banyak sangat membantu sebab banyak perkara yang aku dah lupa. Suatu ketika dulu, pernah mengambil subjek elektronik untuk melengkapkan pengajian diploma 1996-1999. Time tu kerap ke Pekan Rabu, Alor Setar untuk membeli kit papan litar yang diperlukan. Ketika tu kena hasilkan produk elektronik inovasi untuk pameran peringkat kolej. Selagi pensyarah tak puas hati, selagi tu la bina dan terus bina yg baru sehingga hasrat pensyarah dipenuhi.

Langkah 4a: Lerai bahagian pembesar suara ok1
Mula buka dan leraikan bahagian dalam pembesar suara. Selesai leraikan ok1, aku cucikan bahagian bekas bateri yang berpalit karat (basah) akibat bateri yang terlalu lama tersimpan di situ. Aku gosokkan spring dan connecter bateri agar bebas karat. Kemudian goyang dan betulkan wayar pada papan litar. Aku lakukan perkara yang sama untuk kapasitor, transistor dan apa ke benda lain yang aku gagal ingat namanya. Puas hati, aku pasangkan semula dan lakukan ujian suara. Menakjubkan apabila pembesar suara tadi boleh berfungsi semula. Cuma yang tak sedapnya ketika memasangnya perlu ikut step kerana bahagian-bahagian tersebut saling berkait.Sangat sukar, buang banyak masa dan menimbulkan geram.
Langkah 4b: Lerai bahagian pembesar suara ok2
Seterusnya aku buka dan leraikan bahagian pembesar suara ok2 dengan cara yang sama ketika leraikan ok1 tadi. Selesai leraikan bahagian-bahagian ok2,didapati tiada kesan karat yang berpunca dari bateri. Aku goyangkan wayar dan komponen elektronik sama seperti aku lakukan pada ok1. Akhirnya aku jumpa wayar yang bersambung dengan papan litar dalam keadaan hampir tercabut, hanya sedikit saja bersentuh dengan papan litar. Aku titiskan timah cair (lead solder) menggunakan soldering iron.Langkah ini perlu dilakukan berhati-hati sebab benda ini panas dan merbahaya. Timah cair yang dititiskan perlu tepat pada bahagian sepatutnya. Jika tidak boleh merosakkan litar. Kena stanby solder sucker jika berlaku kesilapan ketika meletakkan timah tadi. Ketika ini aku yakin ok2 pasti kembali berfungsi. Selepas siap pasang kembali bahagian-bahagian ok2, maka ujian suara pun dilakukan. Seperti diramalkan,ok2 kembali berfungsi dengan baik.

Memang puas hati apabila berjaya membaiki kedua-dua pembesar suara tersebut. Jika mulanya aku tak yakin boleh baikinya, kemudian motivasi meningkat apabila ok1 berfungsi walaupun aku tak tahu apa masalahnya.Dan apabila ok2 juga berjaya dibaiki, hati berasa sangat puas. Aku laburkan hampir 5 jam ketika membaiki kedua-dua pembesar suara dengan kejayaan 100%.

Walaupun berjaya membaikinya, aku masih budak baru belajar. Belum sampai tahap amatur atau profesional lagi. Tentunya ada yang tersenyum. Sebenarnya ada cara mudah mengesan kerosakan komponen elektronik iaitu menggunakan multimeter. Aku cuma guna kaedah pondok bawah pokok iaitu goyang2 wayar dan komponen eletroniknya untuk mengesan defect. Cara aku tadi boleh menyebabkan komponen elektronik rosak dan lemah fungsinya. Orang lain jangan buat, ikut cara yang betul :)
Berikut adalah peralatan yang aku gunakan
  1. pemutar skru mata philips (2 saiz)
  2. pena ujian
  3. soldering iron
  4. solder sucker
  5. lead solder/timah

Dengan kejayaan ini, timbul niat nak beli multimeter digital supaya senang buat kerja. Dulu penah ada multimeter analog tapi dah lama rosak.

Tuesday, July 10, 2012

Elak extension wire rosak

Projek kali ini ialah mereka cipta kerangka bagi 3 gang extension wire. Ia bertujuan mengelakkan point extension wire cepat rosak atau pecah (kajian masalah). Kejadian selalunya berpunca dari cara kita menguruskan peralatan tersebut secara kasar, cuai atau terpijak secara tidak sengaja.

Projek kali ini menggunakan bahan terpakai untuk membuat casing bagi extension wire (baru). Bahan-bahan terpakai terdiri daripada kayu saiz 3 inci x 1 inci dan papan bersaiz 4 inci x 1/2 inci.

Bahan-bahan lain yang digunakan adalah
a) skru
b) paku
c) kertas pasir
d) cat
Manakala peralatan yang digunakan adalah
a) tukul
b) pensel
c) pembaris
d) pemutar skru
e) ketam kayu
f) penebuk (drill) 
g) gergaji (jigsaw)

Sunday, April 10, 2011

Baik pulih laptop NEC Versa P520




Minggu ni ada ruang masa terluang maka aku membawa pulang 2 laptop jabatan yang lama tersimpan dlm peti besi akibat hardware rosak. Kebetulah kedua-dua laptop tersebut dari model yang sama iaitu NEC Versa P520 yang memasuki iventori jabatan kami pada tahun 2004. Kiranya laptop ini dah berusia 7 tahun pun. Niat nak baik pulih agar salah satu laptop tersebut berfungsi semula. Bukan tak mau baiki keduanya serentak tapi paham saja la memerlukan pembelian hardware utk menggantikan mana-mana bahagian yang rosak. Sedangkan jabatan ketika ini tiada budget utk itu.

Setelah membawa pulang ke rumah, maka bermulalah operasi aku untuk cuba baik pulih.
Langkah 1: Mengenalpasti kerosakan bahagian hardware yang rosak. Setelah di kenal pasti didapati versa 01 (label sendiri) lcd screen rosak, kira major defect la. Laptop versa 02 (label sendiri) pula didapati harddisk dah rosak. Maka aku buat keputusan untuk membaik pulih versa 02 dengan menggantikan harddisk dari versa 01.

Langkah 2: Membuka bahagian body kedua-dua laptop dan menentukan bahagian mana hardware tersebut bakal bertukar. Ketika ini penggunaan screw driver yang sesuai perlu dititik beratkan kerana screw kecil yang digunakan sensitif dan mudah rosak bahagian kepalanya.

Langkah 3: Ketika pertukaran hardware dilakukan, aku mengambil keputusan upgrade RAM Versa 02 agar sekali ganda lebih laju dengan mengambil RAM dari Versa 01. Selesai proses ini, maka pengujian pun dilakukan. Syukur, seperti diramalkan versa 01 masih dlm keadaan rosak tetapi versa 02 berjaya dipulihkan dan beroperasi semula.

Langkah 4: Biarpun versa 02 pulih tetapi harddisk tersebut perlu format dan setup semula Operating System. Maka bermula kerja format seterusnya setup semula OS menggunakan persekitaran Windows XP Pro seperti package asalnya.

Langkah 5: Siap setup OS seterusnya proses install driver laptop dan Aplication System (AS) agar kebergunaan dioptimumkan.

Langkah 6: Pengujian sekali lagi untuk menentukan tiada corrupted files, kesalahan memilih driver dan masalah 'hang'. Ternyata laptop berfungsi dengan baik maka statusnya berjaya dipulihkan.

Tuesday, July 6, 2010

Baik pulih meja kecil


Cuti hujung minggu baru-baru ni memang plan aku nak bertukang. Sengaja aku cari bahan terbuang dan keluarkan sedikit syiling untuk belikan bahan-bahan lain untuk siapkan projek suka-suka.

Sebelum cuti hujung minggu aku ada terjumpa sebuah meja kecil yang uzur dan  kira rosak la. Aku muatkan dalam kereta lalu bawa pulang. Kemudian aku mencari beberapa batang kayu terpakai. Aku juga dapatkan banner yang telah lama tergantung di tepi simpang rumah aku. Jangan bimbang, banner tu dah lama tamat tempoh, suatu program pertengahan tahun 2009, kira lupus la. Niatku adalah untuk memulihkan meja tersebut semasa cuti 2 hari hujung minggu. Kebetulan aku memiliki set alat pertukangan yang aku beli beransur-ansur.

Bukan tak mampu beli meja baru, tapi sengaja nak isi masa lapang dan layan mood yang tiba-tiba datang. Seharian mengerjakan meja buruk tu dengan menukarkan kaki meja, trim bahagian lantai meja, pasangkan skirt, akhirnya meja tersebut siap. Memang puas hati lihat hasilnya. Kategori budak baru belajar la, yang expert tu jangan la dibandingkan dengan aku.

Setelah meja tersebut siap dan berdiri dengan kukuhnya, maka ini spesifikasi meja yang berjaya aku pulihkan. Sayangnya tak terfikir nak ambil gambar meja buruk tu sebelum projek bermula.

Tinggi = 60cm
Lebar = 50cm
Panjang = 70cm

Material yang aku gunakan
Paku pelbagai saiz
Paku tekan
Banner terpakai
Meja buruk
Kayu 2inci x 2inci

Alatan pertukangan yang aku gunakan dan fungsinya
Penukul – mengetuk paku
Mesin jigsaw – memotong kayu
Gergaji – setting sudut 90 dan 45 darjah dan memotong kayu dan meja
Set square – setting sudut dalam pelbagai darjah kecondongan
Playar – buka skru buruk yang sedia ada pada meja
Pita ukur – mengukur meja dan kayu mengikut saiz yang diperlukan
Mini bolt cutter – memotong paku lama yang gagal dicabut dengan penukul
Sarung tangan – alas tangan agar selamat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...