Showing posts with label cricket. Show all posts
Showing posts with label cricket. Show all posts

Friday, March 18, 2011

Kriket dan kenangan manis






Biarpun masih baru dlm bidang kejurulatihan utk permainan kriket. Timbul rasa bertuah diberi peluang menjadi sebahagian keluarga pasukan kriket daerah Petaling Perdana. Minat muncul selepas pendedahan dalam kursus yang dihadiri.

Apabila diberi peluang memilih dan melatih murid sekolah bermula dari ZERO, keazaman untuk membuktikan sesuatu muncul dengan ramuan tonik jenama usaha keras, hasilnya tidak mengecewakan. Anak didik mampu memberi saingan sengit walaupun tidak bergelar johan di awal penglibatan.

Melihat minat dan kesediaan menimba ilmu, jawatankuasa pengurusan kriket daerah memberi peluang dengan berada dalam skuad daerah untuk beberapa kali sebagai penolong jurulatih, kemudian jurulatih dan pengurus pasukan daerah.

Dalam meniti usia
Pengalaman ini amat bermakna untuk kepuasan diri dan menjadi sebahagian cerita untuk anak cucu nanti. Semuanya bermula dengan menghadiri kursus kriket awal tahun 2008 lalu. Selesai berkursus, bermula tugasku mencari pemain berpotensi dan berminat utk permainan yang masih lagi asing bagi masyarakat tempat aku mencari rezeki dan bermastautin.

Untuk rekod
2008-menyertai KATMO kriket peringkat daerah bwh 9thn-peranan jurulatih-kedudukan ke-3
2008-menyertai KATMO kriket peringkat negeri bwh 10thn–peranan pen. jurulatih-kedudukan 5/6
2009-menyertai MSSS kriket peringkat negeri bwh 18thn-peranan pengurus pasukan-kedudukan ke-2
2009-menyertai KATMO kriket peringkat daerah bwh 10thn- peranan jurulatih-kedudukan 5/6
2010-menyertai KATMO kriket peringkat daerah bwh 10thn-penanan jurulatih-kedudukan JOHAN
2010-menyertai KATMO kriket peringkat negeri bwh 10thn–peranan pengurus pasukan-kedudukan ke-4
2011-menyertai MSSD kriket peringkat daerah bwh 12thn-peranan jurulatih-kedudukan 5/6

Terima kasih atas sokongan semua yang terlibat.

Wednesday, March 2, 2011

Mengenali peralatan kriket



Sesebuah sekolah, kelab setempat atau individu yang berminat menceburi sukan ini bolehlah mendapatkan maklumat kegiatan sukan kriket sama ada di peringkat daerah ataupun negeri. Dengan bersekutu dalam organisasi peringkat daerah, negeri maupun kebangsaan akan memudahkan perkembangan sukan kriket bagi kelab atau sekolah. Pengetahuan tentang peralatan kriket memudahkan kita menentukan peralatan kriket yang perlu dibeli dan kedai mana yang menawarkan kita pilihan, kualiti dan kos yang diingini. Mulakan pendedahan dan latihan seawal usia kanak-kanak adalah suatu kelebihan. Dapatkan latihan dibawah jurulatih bertauliah dan berpengalaman seperti kelab kriket.

Berikut pengenalan peralatan kriket.

Jenis bola
  • Leather Cricket Ball
  • Rubber ball
  • Poly cricket ball

Bat
  • bat saiz 4, 5 dan 6 utk junior
  • bat dewasa

Cricket Abdominal Guard
  • (pelindung bahagian sulit lelaki dan wanita)
Cricket helmet
  • Batting helmet
  • Wicket keeper helmet
Legguard
  • Batting legguard
  • Wicket keeper legguard

Gloves
  • Batting gloves
  • Wicket keeping gloves
  • Inner gloves

Cricket bag
  • (beg menyimpan peralatan kriket-contohnya beg beroda supaya senang ditarik)
Bat mallet

  • gandin (tukul) bagi merawat bahagian bat yang sering mengenai bola. 
Cricket bat oil
  • (minyak yang disapu pada bat bagi proses penjagaan supaya tahan jangka hayatnya)

Spring stump
  • Peralatan asas bagi permainan kriket. Spring stump adalah hasil inovasi dari 3 batang stump yang biasanya kita pacakkan di hujung pitch.

Friday, February 4, 2011

Peralatan kriket untuk junior



Menyuburkan permainan kriket di Malaysia memerlukan usaha berterusan. Ramai dikalangan kita yang belum mengetahui bagaimana permainan ini dijalankan dan apakah peralatan yang digunakan semasa bermain. Jika generasi hari ini dibiasakan bermain kriket, pendek kata membudayakan permainan kriket seperti bola sepak, badminton, hoki dan sepak takraw, tidak mustahil sukan ini mampu mengharumkan nama Malaysia suatu hari ini, mungkin 10 hingga 15 tahun akan datang hasilnya.

Mari kita kenali set kriket untuk junior. Set lengkap untuk permainan kriket boleh diperolehi dengan kos bawah RM200.00. Mungkin ada yang terperanjat dengan harganya, tetapi mereka arif dalam permainan ini  tidak lagi terkejut. Set ini sebenarnya murah dan mudah diperolehi di India, Pakistan dan Bangladesh kerana budaya rakyatnya yang bermain kriket seperti budaya kita yang bermain bola sepak ketika petang dan kelapangan. Masalah di Malaysia ialah kurangnya pengedar dan permintaan terhadap set kriket menyebabkan harganya melambung tinggi.

Untuk bermain kriket bagi junior  9 dan 10 tahun, anda memerlukan set asas
1 bola kriket sama ada poly soft ball atau rubber ball .
2 set stump termasuk 4 bail
2 bat (pemukul)
Beg untuk set  dan alas bola untuk latihan sebagai aksesori sokongan sahaja.

Bagi padang kriket pula, ia tidak perlu khusus. Kriket boleh dimainkan di padang awam dengan ruang saiz yang sesuai. Dengan jejari bulatan 35 meter dan pitch terletak merentangi titik bulatan. Hujung pitch adalah kedudukan stump pada jarak 18 meter antara kedua-duanya. Mungkin sebagai penanda bulatan boundary diletakkan kon-kon kecil supaya mudah kelihatan.

Sunday, January 30, 2011

Kriket Piala Dunia 2011

Tidak lama lagi akan berlangsung ICC Piala Dunia Kriket 2011. Pembukaan rasmi kejohanan yang bakal berlangsung pada 17 Februari 2011 ini yang merupakan Kejohanan Piala Dunia kali ke-10. Menariknya Piala Dunia Kriket 2011 ini akan melibat 3 negara tuan rumah iaitu India, Sri Lanka dan Bangladesh. Inilah kali pertama Bangladesh menjadi tuan rumah bersama.

Kejohanan ini akan mengguna pakai format cricket’s one day international dengan penyertaan 14 pasukan kebangsaan. Ia bakal berlangsung sehingga awal April 2011 dengan perlawanan pertama diantara pasukan India menentang Bangladesh. Perlawanan pertama ini akan berlangsung di Stadium Nasional Sher-e-Bangla, Dhaka. Manakala perlawanan akhir bagi penentuan juara nanti bakal berlangsung pada 2 April 2011 di Stadium Wankhede, Mumbai.

Jumlah keseluruhan perlawanan adalah 49 termasuk perlawanan akhir nanti. Berikut adalah 14 pasukan yang bertanding iaitu Australia, New Zealand, Bangladesh, India, Pakistan, Sri Lanka, England, Ireland, Belanda, Canada, West Indies, Kenya, Afrika Selatan dan Zimbabwe.

Rasanya ramai peminat-peminat kriket di Malaysia yang teruja menantikan kejohanan ini berlangsung. Permainan Kriket agak asing di Malaysia berbanding bola sepak, badminton dan hoki. Kriket di Negara seperti India, Pakistan, Bangladesh dan Sri Lanka adalah sukan popular dan menjadi sukan harian mereka di waktu kelapangan. Sewajarnya permainan unik dan penuh taktikal ini diperkembangkan secara meluas dikalangan lapisan muda. Mana tahu suatu hari nanti nama Malaysia mampu gah sebagai gergasi permainan kriket.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...