Saturday, September 28, 2013

Menjadi bapa angkat pili bomba

Gotong royong Persatuan Penduduk Taman Alam Megah
Hari ini pagi-pagi lagi dapat panggilan telefon dari jiran. Hari Sabtu 28 September 2013. Hari ini cuti tapi tak bermakna aku masih lagi di katil. Ketika menjawab panggilan telefon aku sedang membaca paper Harian Metro di sebuah restoren mamak. Dah selesai pun bersarapan.

Jiran call dan bercakap dengan penuh hemah maklumkan bahawa ada rotong-royong membersihkan kawasan di kejiranan kami. Aduhai, malu den. Terus ke kaunter restoren dan bayar menu sarapan tadi. Aku bergegas pulang ke rumah dan sempat masuk sekejap untuk menukar seluar, ambil topi dan sarung tangan. Maka tergesa-gesa aku berjalan kaki menuju ke Dewan Orang Ramai, Jln 28/18.

Ramai pulak ketika tu ahli persatuan penduduk sedang bergotong-royong. Aku pun terus menuju kepada setiausaha persatuan penduduk yang memang aku kenali dan terus menghulur tangan berjabat salam. Masih mau tanya lagi apa yang kena buat... hehe. Sebelum mula bergotong-royong wajib menyarung baju t-shirt oren yang dibekalkan. Pakaian seragam nih. Apa lagi bermula la aktiviti membersihkan kawasan sekitar jalan 28/18, 28/19 dan 28/20.

Sodok daun dalam longkang, kaut sampah, tebas ranting pokok, kutip barang terbuang sekitar padang dan dewan, bersihkan kawasan sekitar simpang masuk jalan 28/18 berhampiran stesen TNB. Sedar tak sedar jam dah pun pukul 11:30 pagi. Lebih 400 meter juga aku menapak sambil menyorong kereta yang penuh dengan peralatan membersih. Bukan tak boleh naik kereta tapi tak gamak, sekadar kereta sorong. Tu pun bergilir menolak kereta sorong dengan AJK penduduk yang lain.
Sampai sekitar dewan, ada jamuan makan tengah hari disediakan. Sambil dengar sedikit taklimat sambil berborak. Hah, kebetulan gotong-royong turut disertai En. Jalil Hamid, pelakon dan penyanyi serba boleh tu.

Antara yang menyampaikan taklimat ini adalah pihak bomba. Sejak awal lagi pihak bomba turut serta dalam gotong-royong ini. Manakala mbsa menghantar 2 lori daripada subkontraktor untuk memungut sampah yang dikumpulkan. Dengan kekuatan 8 staf dari pihak bomba turut serta dengan sebuah jentera bomba yang besar tu dan 2 buah 4x4. Ketika taklimat pihak bomba, diedarkan borang kepada mereka yang berminat menjadi bapa angkat pili bomba dengan mengisi borang yang disediakan. Hanya mengisi sedikit maklumat ringkas dan kembalikan borang tadi kepada pegawai yang bertugas. Rupanya ada buah tangan yang menanti... terima kasih pihak bomba.

1 comments:

Anonymous said...

Starz Casino - Shootercasino
Play Starz Casino 카지노사이트 Games 제왕카지노 online. Join to play. 100% legal, exciting slots, progressive jackpot slots, live dealer 샌즈카지노 and a 100% Welcome Bonus.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...