Tentu kita terkenang menu masakan ini. Dah lama tak merasanya. Suatu ketika dulu, makanan-makanan ini selalu menjadi hidangan.
Friday, December 25, 2015
Makanan membangkitkan selera
Posted by Hissham Z at 8:01 AM 0 comments
Wednesday, February 18, 2015
Terima Kasih PTPTN
Hari ini aku berjaya menyelesaikan baki pinjaman pendidikan yg dimeterai sejak tahun 2003 lagi.
Suatu ketika dulu (tahun 2002) aku menyambung pendidikan untuk memenuhi impian pendidikan aku. Bagi memasti perjalanan pendidikan aku di peringkat bachelor tidak terjejas, aku mengambil keputusan membuat pinjaman PTPTN untuk membiayaan kos pengajian. Keputusan memilih PTPTN pun setelah membanding beza kos yang perlu ditanggung berbanding pinjaman dengan institusi kewangan yang lain. Aku akui, PTPTN memberi sumbangan bermakna dalam mencapai impian di menara gading.
Tahun 2006 aku menamatkan pengajian dengan segenggam ijazah. Mulai tahun 2007 aku mula membuat bayaran balik pinjaman pendidikan ini. Kontrak pembayaran balik selama 20 tahun dengan kadar RM92.00. Namun aku membuat bayaran tetap sebanyak RM100 setiap bulan sehingga bulan lepas tanpa gagal. Tak susah membuat bayaran balik, aku hanya mengadap laptop dengan capaian internet dan membuat transaksi melalui CIMB Clicks. Kos transaksi yang dikenakan oleh CIMB cuma RM0.50 sahaja, kebaikannya aku tidak perlu memandu kereta, beratur di bank dan terpaksa berurusan di waktu pejabat. Senang cerita, bila membuat bayaran melalui online, kita boleh menentukan bila masa senang untuk kita membuat bayaran. Kebiasaannya aku memilih sebelah malam.
Pagi ini.. Alhamdullillah, seperti dirancang aku mengatur langkah ke bank untuk mengeluarkan sedikit simpanan seterusnya ke Pejabat PTPTN Selangor iaitu di Menara MRCB Seksyen 14 Shah Alam.
Proses membuat semakan baki pinjaman, pengiraan potongan diskaun 20% seterusnya menyelesaikan pembayaran tersebut cuma mengambil masa kurang 30 minit. Hati berasa lapang apabila semua selesai. Terima kasih PTPTN.
Aku dedikasikan alamat Kaunter PTPTN buat kawan-kawan yang sedang dan masih berurusan dengan PTPTN.
Alamat Pejabat PTPTN untuk setiap negeri.
Aku dedikasikan alamat Kaunter PTPTN buat kawan-kawan yang sedang dan masih berurusan dengan PTPTN.
Alamat Pejabat PTPTN untuk setiap negeri.
Jika anda mencari panduan GPS dan peta kaunter PTPTN, klik sini
Posted by Hissham Z at 4:03 AM 0 comments
Thursday, October 2, 2014
Ayam hutan ori vs kacukan
Sengaja aku menggunakan tag tajuk tersebut. Ceritanya bermula hampir 3 bulan lalu apabila ayam hutan liar selalu mengunjungi reban ayam hutan kacukan untuk berkongsi makanan. Suatu masa ada hampir 8 ekor ayam hutan liar datang sama ada hari-hari atau selang 2..3 hari sekali.
Puas pikir macammana nak tawan ayam hutan tu. Dah tak minat dah nak racik. Last racik dulu terus saja beri set racik 21 mata pada seorang peminat ayam hutan yang baru berjinak-jinak dengan hobi unik ni.
Akhir muncul akal nak buat lubang masuk yang berfungsi sebagai perangkap, tiada jalan jika dah jatuh ke dalam reban ayam aku.
Seperti diduga memang menjadi perangkap ini. Dipendekkan cerita bukan 3 ekor ayam hutan liar berjaya ditumpaskan.
Posted by Hissham Z at 8:52 AM 0 comments
Jalan-Jalan ke Pasar Kemboja Bandar Baharu
Balik kampung baru-baru ni aku mengambil kesempatan untuk ronda-ronda sekitar Bandar Baharu. Selalunya Jalan Bandar Baharu adalah laluan aku untuk ke Bandar Parit Buntar dan Taman Pekaka, Seberang Perai Selatan.
Hari yang aku pilih adalah hari Isnin. Kebetulan hari tu ada Pasar Kemboja betul-betul di pinggir Sungai Kerian yang memisah Negeri Kedah dan Perak (Parit Buntar).
Hampir sama dengan Pasar Kemboja Parit Buntar. Cuma di lokasi Bandar Baharu ini belum terkenal, perlukan masa untuk setanding Pasar Kemboja Parit Buntar. Apa yang menarik tentang lokasi Pasar Kemboja Bandar Baharu adalah ruang letak kereta yang lebih selesa dan lot-lot perniagaan yang berpusat dan tidak mengganggu lalulintas jalan utama.
Perniagaan sinonim di Pasar Kemboja seperti biasa iaitu produk fabrik seperti pakaian, tudung dan barang perhiasan diri. Rupa-rupa antara tauke pemborong ini datangnya dari Perlis, Simpang Empat Kuala, Taiping, Kuala Kangsar dan Kuala Lumpur.
Berikut adalah gambar yang sempat aku snap

Posted by Hissham Z at 8:18 AM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)