Thursday, October 2, 2014

Jalan-Jalan ke Pasar Kemboja Bandar Baharu

Balik kampung baru-baru ni aku mengambil kesempatan untuk ronda-ronda sekitar Bandar Baharu. Selalunya Jalan Bandar Baharu adalah laluan aku untuk ke Bandar Parit Buntar dan Taman Pekaka, Seberang Perai Selatan.

Hari yang aku pilih adalah hari Isnin. Kebetulan hari tu ada Pasar Kemboja betul-betul di pinggir Sungai Kerian yang memisah Negeri Kedah dan Perak (Parit Buntar).

Hampir sama dengan Pasar Kemboja Parit Buntar. Cuma di lokasi Bandar Baharu ini belum terkenal, perlukan masa untuk setanding Pasar Kemboja Parit Buntar. Apa yang menarik tentang lokasi Pasar Kemboja Bandar Baharu adalah ruang letak kereta yang lebih selesa dan lot-lot perniagaan yang berpusat dan tidak mengganggu lalulintas jalan utama.

Perniagaan sinonim di Pasar Kemboja seperti biasa iaitu produk fabrik seperti pakaian, tudung dan barang perhiasan diri. Rupa-rupa antara tauke pemborong ini datangnya dari Perlis, Simpang Empat Kuala, Taiping, Kuala Kangsar dan Kuala Lumpur.

Berikut adalah gambar yang sempat aku snap
 
 
 
 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...