Wednesday, February 18, 2015

Terima Kasih PTPTN

Hari ini aku berjaya menyelesaikan baki pinjaman pendidikan yg dimeterai sejak tahun 2003 lagi. 

Suatu ketika dulu (tahun 2002) aku menyambung pendidikan untuk memenuhi impian pendidikan aku. Bagi memasti perjalanan pendidikan aku di peringkat bachelor tidak terjejas, aku mengambil keputusan membuat pinjaman PTPTN untuk membiayaan kos pengajian. Keputusan memilih PTPTN pun setelah membanding beza kos yang perlu ditanggung berbanding pinjaman dengan institusi kewangan yang lain. Aku akui, PTPTN memberi sumbangan bermakna dalam mencapai impian di menara gading.

Tahun 2006 aku menamatkan pengajian dengan segenggam ijazah. Mulai tahun 2007 aku mula membuat bayaran balik pinjaman pendidikan ini. Kontrak pembayaran balik selama 20 tahun dengan kadar RM92.00. Namun aku membuat bayaran tetap sebanyak RM100 setiap bulan sehingga bulan lepas tanpa gagal. Tak susah membuat bayaran balik, aku hanya mengadap laptop dengan capaian internet dan membuat transaksi melalui CIMB Clicks. Kos transaksi yang dikenakan oleh CIMB cuma RM0.50 sahaja, kebaikannya aku tidak perlu memandu kereta, beratur di bank dan terpaksa berurusan di waktu pejabat. Senang cerita, bila membuat bayaran melalui online, kita boleh menentukan bila masa senang untuk kita membuat bayaran. Kebiasaannya aku memilih sebelah malam.
Pagi ini.. Alhamdullillah, seperti dirancang aku mengatur langkah ke bank untuk mengeluarkan sedikit simpanan seterusnya ke Pejabat PTPTN Selangor iaitu di Menara MRCB Seksyen 14 Shah Alam.

Proses membuat semakan baki pinjaman, pengiraan potongan diskaun 20% seterusnya menyelesaikan pembayaran tersebut cuma mengambil masa kurang 30 minit. Hati berasa lapang apabila semua selesai. Terima kasih PTPTN.

Aku dedikasikan alamat Kaunter PTPTN buat kawan-kawan yang sedang dan masih berurusan dengan PTPTN.

Alamat Pejabat PTPTN untuk setiap negeri.
Jika anda mencari panduan GPS dan peta kaunter PTPTN, klik sini

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...