Bagaimana mendapatkan bunga kertas berbagai warna dari sepohon pokok?
Bagaimana melakukan cantuman (kahwin) ke atas pokok bunga kertas?
Bagaimana melakukan teknik cantuman baji ke atas pokok bunga kertas?
Penjelasan di bawah diharap dapat membantu penggemar pokok bunga kertas atau bougainvillea melakukan sendiri teknik cantuman baji. Saya sendiri bukanlah pakar dalam melakukan teknik cantuman baji, cuma ingin berkongsi sedikit pengalaman saya melakukan teknik cantuman baji ke atas pokok bunga kertas.
Bagaimana melakukan cantuman (kahwin) ke atas pokok bunga kertas?
Bagaimana melakukan teknik cantuman baji ke atas pokok bunga kertas?
Penjelasan di bawah diharap dapat membantu penggemar pokok bunga kertas atau bougainvillea melakukan sendiri teknik cantuman baji. Saya sendiri bukanlah pakar dalam melakukan teknik cantuman baji, cuma ingin berkongsi sedikit pengalaman saya melakukan teknik cantuman baji ke atas pokok bunga kertas.
Sebenarnya kita boleh mendapat maklumat tentang teknik melakukan cantuman baji dengan cara mencarinya di enjin carian seperti google atau melihat youtube. Namun cara yang terbaik utk belajar adalah dengan melakukan sendiri cantuman baji ke atas pokok bunga kertas (praktik). Tidak perlu takut pada kegagalan.
Tentang kejayaan teknik cantuman baji pokok bunga kertas biasanya sekadar 40% atau kurang. Maksudnya jika kita melakukan 10 cantuman, kejayaannya adalah 3 atau 4 sahaja, yang lain biasanya gagal atau senang disebut sebagai tak jadi.
Mengapa terlalu rendah peratus kejayaan teknik cantuman baji ke atas pokok bunga kertas?
Hal ini sukar dijawab. Kegagalan boleh jadi disebabkan faktor cuaca, kandungan air dalam udara (kelembapan), teknik yang salah, fotosintesis tidak berlaku dan lain-lain.
Jom lakukan teknik cantuman baji ke atas pokok bunga kertas.
Sebelum melakukan
Sediakan peralatan seperti pisau, gunting, cutter dan ketip kuku
Sediakan bahan seperti pita pelekat lut sinar (sellotape), tali rapia, plastik aiskrim, dan pembalut jernih
Semasa melakukan
Sebaik-baiknya pagi, petang atau malam. Elakkan waktu tengah
hari kerana pokok terkejut
Pilih dan potong ranting yang hendak dicantumkan.
Buang semua daun dan bunga pada bahagian yang hendak
dicantumkan.
Jika banyak cantum yang ingin dilakukan,ranting pokok
pendatang boleh disimpan di dalam bekas berisi air untuk mengelakkan getahnya
kering.
Kemudian beralih ke pokok penanti. Potong ranting yang
sesuai untuk cantuman.
Belah pokok penanti. Saiz belahan hendakalah sama dan sesuai
dengan ranting pendatang. Belahan dilakukan di bawah bahagian mata tunas.
Ambil semula ranting pendatang. Ranting ini perlu dihiris
seperti bentuk baji di hujungnya.
Terus cantumkan bahagian ranting pendatang kepada pokok
penanti.
Balut cantuman tadi dengan parafilm atau sealing film bagi
tujuan memperkukuhkan cantuman tadi.
Dengan menggunakan
plastik lut sinar atau plastik aiskrim, sungkupkan bahagian cantuman tadi dan
ikat di bahagian bawah. Ini untuk mengelakkan kehilangan air yang banyak dari cantuman pokok dan
menyebabkannya kering dan mati.
Labelkan warna bunga ranting pendatang dan tarikh cantuman pada plastik
sungkupan tadi bagi memudahkan untuk proses seterusnya.
Anda juga boleh melukis ranting pokok dan labelkan warna ranting cantuman
agar menjadi panduan supaya tidak berlaku cantuman yang sama warnanya.
Jika cantuman ini berjaya, anda akan dapat melihat titisan-titisan air
yang dibebaskan oleh ranting yang baru dicantumkan di bahagian dalam plastik.
Letakkan pokok di tempat yang kurang cahaya terik. Siram air
secara minima dan jika perlu kurangkan penggunaan baja sehingga 80%.
Selepas 1 atau 2 minggu, buangkan sungkupan plastik luar. Ketika
ini akan muncul tunas baru pada ranting pendatang. Walaubagaimanapun ada juga
tunas baru yang muncul selepas 3 minggu.
Cantuman yang gagal boleh mengulangkan semula proses cantuman sama di ranting penanti yang sama atau gunakan
ranting penanti yang baru. Jangan give-up. Hehe...
Insya Allah berjaya. Selamat mencuba.
Apabila muncul pucuk atau daun baru, tunggu sehingga 4-5 hari sebelum ditanggalkan plastik aiskrim
Jangan dibuka pembalut jernih ketika ini, biarkan sehingga 3 bulan atau lebih.
selesai
Video melakukan cantuman baji ke atas pokok bunga kertas
Cipta sendiri gabungan pelbagai warna bunga
0 comments:
Post a Comment