Thursday, November 1, 2012

Kapak menghentam konkrit

Apabila kapak menghentam tiang konkrit, manakah yang binasa ?

Hujung minggu lepas aku membeli sebilah kapak bg tujuan memangkas dahan pokok mangga depan rumah. Kebetulan dapat notis dari pihak berwajib bahawa tidak dibenarkan menanam pokok melebihi ketinggian 6 kaki. Baik tuan, lagi pun tanah tu milik tuan (TNB). Saya cuma usaha dan bersihkan kawasan sekitar kawasan depan rumah saya.
Kira win-win situation la. Saya bersihkan kawasan sekitar dan tanam pokok buah-buahan dan hiasan. Pihak TNB tidak perlu mesin rumput lagi sekitar situ. InsyaAllah, ular tiada dan binatang berbisa pun tak nak tinggal kat situ :).

Kembali ke cerita kapak tadi, bukan lah kali pertama saya membeli kapak. ini adalah kapak ke-3 saya beli. Yang pertama, saya beli kapak untuk kegunaan di kampung. Tajam dan sedap dipegang. Kapak ke-2 saya beli untuk kegunaan di rumah sendiri. Mungkin kurang kualiti sebab harganya murah. Kapak tu tiada masalah untuk kerja-kerja memangkas dahan dan batang pokok sederhana besar. Cuma sampai satu masa tu saya gunakan untuk mengetuk konkrit bagi tiang pokok dragon fruit (buah naga), kapak tersebut relai (pecah) pada bahagian kepala kapak. Maka tak boleh guna lagi.
Minggu lepas beli sebilah lagi seperti dalam gambar. Dari beberapa jenis kapak yang ditunjukkan tauke kedai hardware, akhirnya saya pilih kapak tersebut berdasarkan bentuk pemegangnya yang selesa buatan fiber, jenis mata kapak dan berat yang selesa dipegang. Harga lebih sikit berbanding yang lain. Cuma kapak yang baru dibeli ni lain sikit dari sebelumnya iaitu matanya belum diasah lagi. Takpa lah, hal kecik saja sebab saya biasa mengasah pisau dan parang menggunakan batu pengasah.

Sampai ke rumah, keluarkan kapak dan cuba asah. Alamak! 20 minit asah belum ada tanda-tanda mata kapak tu akan tajam. Berpeluh satu badan dan menyusut saiz batu pengasah tapi mata kapak macam takda kesan pun.
Akhirnya teringat Mini Grinder GWS 6-100. Hah apa lagi, hidupkan suis maka berputar la mata pemotong. Dengan penuh hati berbekalkan safety glasses sebagai pelindung mata, maka saya mula mencanai mata kapak tersebut. Nah, 3 minit dah cukup untuk tajamkan mata kapak tersebut. Siap asah mata kapak, hari pun dah gelap. Mana taknya mula kerja pun dah lewat petang. Nampaknya kena pendamkan niat sampai cuti hujung minggu depan pulak. Harap-harap niat nak memangkas dahan mangga depan rumah tu tidak hanya tinggal niat. Minggu depan mesti lapangkan sedikit masa untuk selesaikannya. Dah mula separuh jalan dah. 

KAPAK SUDAH KU BELI, POKOK MANGGA DAH LAMA MENANTI, HANYA TUNGGU EMPUNYA DIRI SAJA MENGERAH TULANG EMPAT KERAT

Update terbaru
pokok bangga yang dimaksudkan akhirnya tumbang dek kapak baru aku. Menumbangkan pokok cukup mudah tapi nak katam batangnya (potong pendek-pendek) supaya dapat dipindahkan ke tempat pemusnahan (zon bakar... hehe) paling malas. Banyak tenaga dan masa diperlukan, apatah lagi pokok ini dihuni kerengga, pantang sentuh pokok, pasti kerengga ni serbu. Nak tak nak kena selesaikan apa yang dimulakan.

Masih tak puas hati lagi...
Bila dah melapang kawasan tu selepas menebang pokok mangga, mula terpikir pokok apa yang patut ditanam atau mungkin ada projek lain. Fikir punya fikir aku niatkan nak buat tempat letak kereta, mungkin sebab banyak sangat kereta kawasan kejiranan aku... adakalanya susah nak cari parking.

Maka bermula langkah seterusnya. Malas dah nak tebang pokok lain, sebenarnya masih ada 3 lagi pokok lain perlu ditebang iaitu pokok limau bali 2 pokok dan pokok ulam kadok serumpun. cara mudah call tauke jengkaut untuk mengerjakan kawasan sekitar. kudrat tulang 4 kerat dah tak kuasa. Jengkaut tu ditempah untuk membersihkan kawasan, meratakan tanah dan mencabut pokok yang tidak diingini lagi. Selesai sehari suntuk jentera tu lapangkan kawasan dengan kos RM400.

mulanya cadang nak buat titi simen pada longkang dan 2 tapak parking kereta bersimen. dah fikirkan bahan dan peralatan pembinaan yang perlu dibeli. tiba-tiba rezeki muncul, jiran saya yang merupakan kontraktor pembinaan jalan raya telah menawarkan batu tar recycle (telah digunakan) secara percuma. Mana boleh tolak tawaran tersebut.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...