Sunday, September 23, 2012

Membaiki pembesar suara

Baiki transistorized megaphone

Model - CAROL AHM-663S MEGAPHONE W/SIREN (HS-AHM663S)
25W Powerful Megaphone Effective over 600 Meters, Attached with Hand Grip
Cuti hujung minggu ini aku cuba membaiki pembesar suara model CAROL AHM-663S. First time cuba baiki pembesar suara sebab belum pernah lagi major repair sehingga papan litar elektronik. Biasanya setakat goyang2 cap atau betulkan kabel pembesar suara saja.

Pembesar suara ini sebenarnya bukan milik sendiri tapi organisasi tempat kerja aku. Ada permintaan agar ianya dibaiki. Sebelum mula membaiki, aku label kedua-dua pembesar suara yang ingin dibaiki dengan label ok1 dan ok2. Ia bertujuan sebagai pengenalan kerana ada 2 unit pembesar suara yang perlu dibaiki serentak.

Langkah 1: Beli bateri baru saiz C sebanyak 8 biji
Perhatikan jumlah bateri (sel kering) yang digunakan. Maka aku perlu beli 8 biji untuk tukarkan bateri sedia ada yg nampak uzur fizikalnya. Bateri berharga RM3.90 untuk 2 biji. Maka kena labur RM15.60 untuk dapatkan 8 biji bateri.

Langkah 2: Pasangkan bateri baru dan betulkan cap diikuti ujian suara untuk kedua-dua pembesar suara tadi. Kabel suara dari mike ke pembesar suara boleh dicabut, dipasang dan diketatkan semula. Lakukan ujian suara sekali lagi. Nampaknya kedua-duanya pembesar suara tersebut gagal berfungsi.

Langkah 3: Cari maklumat model pembesar suara
Mencari maklumat di internet berkenaan model dan reka bentuk papan litarnya. Download la gambar tu. Sebenarnya tak banyak sangat membantu sebab banyak perkara yang aku dah lupa. Suatu ketika dulu, pernah mengambil subjek elektronik untuk melengkapkan pengajian diploma 1996-1999. Time tu kerap ke Pekan Rabu, Alor Setar untuk membeli kit papan litar yang diperlukan. Ketika tu kena hasilkan produk elektronik inovasi untuk pameran peringkat kolej. Selagi pensyarah tak puas hati, selagi tu la bina dan terus bina yg baru sehingga hasrat pensyarah dipenuhi.

Langkah 4a: Lerai bahagian pembesar suara ok1
Mula buka dan leraikan bahagian dalam pembesar suara. Selesai leraikan ok1, aku cucikan bahagian bekas bateri yang berpalit karat (basah) akibat bateri yang terlalu lama tersimpan di situ. Aku gosokkan spring dan connecter bateri agar bebas karat. Kemudian goyang dan betulkan wayar pada papan litar. Aku lakukan perkara yang sama untuk kapasitor, transistor dan apa ke benda lain yang aku gagal ingat namanya. Puas hati, aku pasangkan semula dan lakukan ujian suara. Menakjubkan apabila pembesar suara tadi boleh berfungsi semula. Cuma yang tak sedapnya ketika memasangnya perlu ikut step kerana bahagian-bahagian tersebut saling berkait.Sangat sukar, buang banyak masa dan menimbulkan geram.
Langkah 4b: Lerai bahagian pembesar suara ok2
Seterusnya aku buka dan leraikan bahagian pembesar suara ok2 dengan cara yang sama ketika leraikan ok1 tadi. Selesai leraikan bahagian-bahagian ok2,didapati tiada kesan karat yang berpunca dari bateri. Aku goyangkan wayar dan komponen elektronik sama seperti aku lakukan pada ok1. Akhirnya aku jumpa wayar yang bersambung dengan papan litar dalam keadaan hampir tercabut, hanya sedikit saja bersentuh dengan papan litar. Aku titiskan timah cair (lead solder) menggunakan soldering iron.Langkah ini perlu dilakukan berhati-hati sebab benda ini panas dan merbahaya. Timah cair yang dititiskan perlu tepat pada bahagian sepatutnya. Jika tidak boleh merosakkan litar. Kena stanby solder sucker jika berlaku kesilapan ketika meletakkan timah tadi. Ketika ini aku yakin ok2 pasti kembali berfungsi. Selepas siap pasang kembali bahagian-bahagian ok2, maka ujian suara pun dilakukan. Seperti diramalkan,ok2 kembali berfungsi dengan baik.

Memang puas hati apabila berjaya membaiki kedua-dua pembesar suara tersebut. Jika mulanya aku tak yakin boleh baikinya, kemudian motivasi meningkat apabila ok1 berfungsi walaupun aku tak tahu apa masalahnya.Dan apabila ok2 juga berjaya dibaiki, hati berasa sangat puas. Aku laburkan hampir 5 jam ketika membaiki kedua-dua pembesar suara dengan kejayaan 100%.

Walaupun berjaya membaikinya, aku masih budak baru belajar. Belum sampai tahap amatur atau profesional lagi. Tentunya ada yang tersenyum. Sebenarnya ada cara mudah mengesan kerosakan komponen elektronik iaitu menggunakan multimeter. Aku cuma guna kaedah pondok bawah pokok iaitu goyang2 wayar dan komponen eletroniknya untuk mengesan defect. Cara aku tadi boleh menyebabkan komponen elektronik rosak dan lemah fungsinya. Orang lain jangan buat, ikut cara yang betul :)
Berikut adalah peralatan yang aku gunakan
  1. pemutar skru mata philips (2 saiz)
  2. pena ujian
  3. soldering iron
  4. solder sucker
  5. lead solder/timah

Dengan kejayaan ini, timbul niat nak beli multimeter digital supaya senang buat kerja. Dulu penah ada multimeter analog tapi dah lama rosak.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...