Tentu ramai terkejut dengan namanya. Ada yang menduga mungkin klon terbaru limau bali oleh program penyelidikan MARDI atau klon yang diseludup masuk dari Thailand. Apapun namanya begitu bombastik disebabkan kisah si murai yang pernah bersarang di pokok tersebut. Pokok yang di tanam oleh Haji Murtaza yang berjiran sebelah rumah aku. Sempat juga beliau makan sebelum berpindah ke rumah baru sekitar Shah Alam juga. Kini usianya melebihi 9 tahun, pokok ini dah cukup matang dan berbuah sepanjang masa. Biarpun tidak banyak, selalunya lingkungan 10 biji pada setiap masa.
Suatu ketika tu burung murai selalu bertenggek dan bersiul-siul setiap pagi dan petang. Kadang-kadang dapat lihat 5 pasang burung murai ini berterbangan dan bertengek pada pokok-pokok sekitar depan rumah kami. Port burung murai ni paling suka bertenggek adalah pokok limau bali ini. Setelah beberapa ketika memerhati, maka ternampaklah akan sarang burung murai nun 6 meter di atas pokok limau bali tadi. Maka sejak itu pokok limau bali tadi pun digelar sebagai pokok limau bali si murai hingga ke hari ini. Wargh, macam kisah negeri Melaka mendapat nama la pulak.. hehe
Bagaimana rasa buah limau bali si murai? Jiran-jiran sekitar kediaman kami telah menikmatinya. Ramai yang memuji buahnya kerana banyak air dan tidak kelat. "Terima kasih daun keladi. Jika ada hulur la lagi", pesan mereka. Maklum balas yang baik, semakin bersemangat untuk membaja pokok ini.
Jom kita kenali buah limau bali secara lebih ilmiah sikit
Nama tempatan : limau bali, limau besar, limau tambun
Nama inggeris : Pamelo
Nama saintifik : Citras Grandis Osbeck
Keluarga : Rutaceae
Warna isi : merah, putih
Asal : Sekitar Asia Tenggara
Popular dan banyak ditanam di Perak, Kedah, Melaka dan Johor
Rasa buah limau bali ini biasanya yang masam-masam manis. Itu biasa dan sinonim bagi buah citrus ini. Yang tak best jika rasanya ada kelat-kelat. Hilang nafsu nak terus melanggan dengan pokok tersebut pada masa hadapan.
Buahnya sesuai dimakan begitu saja, semakin banyak kandungan airnya maka semakin best kita rasa. Tapi jika isinya kesit atau kurang air maka kurang la pemuja buah tersebut. Ada juga yang suka makan bercampur dengan buah-buah lain beserta kuah rojak, maka rojaklah namanya. Tidak kurang juga yang meminati jus limau bali. Suatu ketika dulu ada keluaran air karbonat perisa limau bali (air tin).
Khasiat buah limau bali
Dikatakan mampu menurunkan kolestrol dan mengurangkan risiko serangan jantung. Mungkin sifatnya yang hampir sama dengan buah-buah limau yang lain. Air limau boleh mengurangkan kolestrol yang melekat pada saluran makanan dalam usus kita. Selepas dicerna, unsur kimia yang dikenali Pektin membantu menghalang pengumpulan kelestrol dalam salur darah. Kolestrol boleh menyempitkan dan menghalang perjalanan darah di dalam saluran darah. Jika ini terjadi seseorang itu boleh mengalami serangan strok apabila perjalanan darah ke otak tersekat seketika. Lebih menakutkan maut juga boleh mengundang dalam situasi ini.
Selain dari itu kebaikan limau bali adalah
1. Kaya vitamin C
2. Baik untuk kesihatan gusi
3. Antioksidan bagi penyakit kanser
Jom kita amalkan makan buah limau bali.

1 comments:
Terbaekkk!!
Post a Comment